Tuesday, July 18, 2017

Rosemary Banneton White Bread...




Mula2 buat roti sourdough guna proofing basket ni kan, tak menjadi...so, atas nasihat pakar SD Nurul, dia suruh Liza praktis guna utk roti biasa dulu, maknanya roti yg guna yis..Alhamdulillah, suka dgn hasil roti ni








Liza amik resepi dr SINI, tq pada empunya resepi ye




ROSEMARY BANNETON WHITE BREAD

Bhn2:

3/4 cup of warm water
2 tbsp. olive oil
1 to 2 tsp crumbled dried rosemary
3 cups of bread flour - or as needed
1 tsp salt
1 tsp sugar
2 tsp active dry yeast










  1. Place ingredients as your bread machine instructs.
  2. Use the dough cycle for an oven baked bread ( or the regular cycle for a bread machine bread ).
  3. Add water or flour if needed to get the proper dough consistency.
  4. For banneton bread ( dough risen in a woven wood basket ) dough should not be too soft but rather on the firm side ).
  5. For handmade bread, remove dough from breadmaker and let rise double in a covered bowl.
  6. Gently punch down and shape into a round and place seam side down on a cornmeal dusted baking sheet or baking stone ( I use the stone ) and let rise double.
  7. Bake in a 425F oven about 30 minutes or golden and tested done ( sounds hollow when thumped on bottom of loaf).
  8. If risen in the banneton, when double carefully invert onto the baking sheet or stone and immediately place into the oven to bake.
  9. Mist with water if desired at intervals when baking .
  10. Basket risen breads tend to have a chewier crust.
  11. Note: bannetons are great for whole grain breads as well as some sourdough and rustic white breads.
  12. They take on a characteristic pattern of the woven basic.
  13. These baskets are nice ( and expensive ) but not a necessary item to have!
  14. I used a round small basket, about 7 1/2 to 8 inches.
  15. These baskets must be coated well with flour before the dough is placed for rising.
  16. Note: this is a simple yet wonderful recipe, enhanced by the rosemary

Roti Sourdough Gula Melaka n Kurma...





Assalamualaikum wbt dan Salam Syawal utk semua..ni Liuza nk share resepi roti sihat n sedap hasil perkongsian dr Nurul..tq dear, roti ni mmg sedap dan mendapat smbutan dr family akk







ROTI SOURDOUGH GULA MELAKA N KURMA

Bhn2:

40 gm gula Melaka - cincang kasar
100 gm kurma - cincang kasar
260 gm sourdough starter - fed
140 ml air
1 s/k garam
1 s/k mixed spices
30 gm minyak jagung
300 gm ++ tepung roti

- uli kesemua bhn secara kasar, tak perlu sampai elastic dlm masa 5 minit
- bulatkan doh dan tutup dgn plastic wrap, stretch n fold ( S&F) setiap 1 jam dalam masa 3 jam
- bulatkan dan masuk dlm proofing basket ( Liza xde, guna Loyang bulat je)..tutup dgn towel lembap dan biarkan naik 2 kali ganda
- panaskan oven padasuhu 220C, tabor sedikit tepung suji pada baking tray dan telangkupkan proofing basket utk keluarkan doh td.
- gunakan pisau tajam utk kelar doh roti
- bakar selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu 180C dan bakar lg selama 20 minit atau sehingga masak
- sejukkan dahulu baru dipotong



Nota Nurul:

1. saya letak tray yg berisi air panas di bhgn rak bawah semasa membakarroti..steam yg terbentuk jadikan crust roti cantik dan rangup
2. saya start uli pukul 10 pagi dan siap pkl 5 ptg



Wednesday, July 5, 2017

Jus Mangga Susu Sedap..






JUS MANGGA SUSU SEDAP


Bhn2:

1 biji mangga
2 cawan air sejuk peti - nk letak ais pun blh
3 s/b susu pekat

- blend semua hingga mangga hancur
- sedia dihidang sejuk
- perghhh





Puding Roti Sunquick..




Dalam bnyk2 puding roti, ni lah puding roti yg Liza paling suka sbb ada rasa masam dr sunquick tu, mmg sedap n tak muak






RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK
Bhn2:

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera )
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera )
5 sudu besar sunquick
Pewarna kesukaan
Sedikit esen vanila
 
 
Cara-cara
 
 
 
Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
 

Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
 
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
 
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
 
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm Loyang
 
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
 
Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
 
Sejukkan.

 

Tempahan Blondies dan Brownies..



Blondies sedap
 
 
 
 


                           Special request..Brownies Snickers




Kuih Nekbat Klate..




Assalamualaikum wbt...buat pertama kalinya cuba buat sendiri nekbat peberet hubby ni, Alhamdulillah happy sgt bila hubby cakap sedap.
Tiap kali balik kampong masa nk raya, hubby mst g cari kuih ni utk berbuka sbb kt KL ni ssh nk jumpa org jual kuih nekbat ni
Pasni dah tak yah susah2 dah, kalau rasa nak makan , boleh je terus buat, kan

Terima kasih pada Chef Thyaga utk resepi nekbat ni..






RESEPI KUIH NEKBAT

Bhn2:

125 gm tepung beras,disangai sampai kering dengan api yang kecil,biarkan sejuk dan ayak.

3 biji telur grade A

Sedikit pewarna kuning,

1.    Pukul telur hingga betul2 kembang dan berbuih dengan hand beater. Campur warna.

2.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul rata dengan whisk hingga sebati.

3.    Panaskan oven 200c . sapu acuan kuih cara dengan sedikit minyak dan panaskan di atas dapur. Bila dah panas tutup api dan tuangkan adunan kedalam lubang terus masuk oven dan bakar hingga dia naik dan kering. Buat macam ini sampai habis adunan.

4.    Keluarkan dan sejuk. Resipi ini dapat 26 biji. - Liza dapat 10 biji je sbb guna acuan besar

 




SIRA

2 cawan air

1 cawan gula

3 helai daun pandan

6-7 kuntum bunga cengkih

Masak semua bahan hingga gula larut dan mendidih. Tutup api dan
 
masuk nekbat dan biarkan ia meresap air sira. Boleh di hidang  bila
 
sejuk. Boleh juga ganti rose essence dengan daun pandan dan
 
bunga cengkih.
 
 
 
 

Tuesday, July 4, 2017

Nasi Dagang Ganu KIte..






First time cuba buat sendiri nasi dagang ganu ni, selalu asyik buat nasi dagang Kelantan je kan..kali ni ubah selera sikit..
Tapi disebabkan lauk ikan tongkol takde stok maka jadi lah ngn ayam n telur pun, kan

Banyak resepi yg Liza dapat, so Liza olah ikut selera family dan ikut style arwah ma buat..Alhamdulillah mmg sedap






RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU


 
Bahan2:
 
4 cawan beras siam wangi
1 cawan beras pulut
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
5 ulas bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 1/2  inci halia - mayang halus
11/2 sudu besar halba
1 s/b garam kasar  -dicampur ke dalam santan pekat
1 s/b gula - campur ke dlm santan pekat bersama garam

 
 
 
 
 
Cara membuat:
 
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.
Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan, halia hiris, bawang merah dan bawang putih hiris serta halba dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat dan masukkan ke dlm bekas besar ..serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.








Lemon Chicken Chinese Style...




Ayam masak lemon style Chinese ni mmg uumphhh, terima aksih pada Aida yg sudi share resepi marbeles ni..mmg tak puas makan, sedappp








LEMON CHICKEN CHINESE STYLE
 
Bhn2:

1 keping dada ayam
1 sudu kicap cair
garam
lada sulah
1 biji telur
3 sudu tepung jagung

Gaulkan semua bahan ni hingga sebati dan goring hingga masak, ketepikan

Bahan Sos:
 
1 sudu minyak
1 cawan stok ayam
1/4 cawan jus lemon
2 sudu gula
2 keping lemon
Bancuhan tepung (tepung jagung + air)

-Panaskan minyak, masukkan stok ayam, jus lemon, gula dan hirisan lemon.
-Bila dah sebati rasa dulu sos ni
-Kalau dah cukup rasa keluarkan lemon masukkan bancuhan tepung tadi sikit2 sampai dpat kepekatan yang kita nak
- Biarkan kuah memekat ,masukkan ayam. Gaul sampai semua tersalut
- Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan bijan yang dah disangai




Sawi Jepun Sos Tiram...



Sayur ni adalah sayur peberet hubby Liza, makan kat mana2 pun, kompem dia akan amik sayur ni dulu..dulu2 ingatkan susah nk masak sayur ni, bila try tanya pakcik Google..ehhh nmpk senang la pulak resepi ni
 
 
Apa pun terima kasih sekali lagi pada Cik Ann yg sudi berkongsi menu kegemaran arwah ayah dia..semoga arwah ayah Cik Ann ditempatkan di kalangan mereka yg di kasihi Allah swt..Aamiin
 
 





SAWI JEPUN SOS TIRAM
 
Bhn2:
250grm sawi jepun
1 ulas bawang putih
2-3 inci isi ayam ( udang or sotong pun boleh)
2 sudu teh Sos Tiram
2 sudu teh kicap
Sedikit tepung jagung
Sedikit minyak untuk menumis
Garam gula perasa secukupnya
  
  1. Sawi basuh dan tos..selak selai2 ye..bio bersih..
  2. Panaskan air dalam kuali, titiskan beberape titik minyak, masukkan sedikit garam
  3. Bila air dah mendidih celur sawi tu dan susun dalam pinggan
  4. Isi Ayam racik racik halus, dan ketepikan
  5. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dititik dan dipotong/racik kecil2
  6. Bila bawang dah kuning, masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi ( sukatan air lepas celur sawi ikut kesesuwaian masing2...nak banyak ke sikit)
  7. Masukkan kicap, ayam racik ,gula dan perasa secukupnya...kalo kurang masin tambah sedikti garam.
  8. Masak hingga mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan. kepekatan sos ni ikut kesukaan masing la ye...dah masak siram atas sawi yg disusun tadi.
  9. Taburkan la sedikit bawang goreng dan daun bawang...siap untuk di hidang..





Kuih Cara Berlauk Paling Senang n Paling Sedapppp...



Salam 10 Syawal utk semua kawan2..sebenarnya kuih cara ni dah lama sgt Liza buat tapi macam biasa la, tak sempat nak masukkan n3 kat sini...bz bebenor

Kali ni Liza cuba resepi dr Che Ani, mmg terbukti sedap hingga menjilat jari,hihihi...izinkan akk share kat dapo akk pulak ye, tq











RESEPI KUIH CARA PALING SEDAP


Bahan bahan :a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  aksesori:
200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

 
 
 
 
 
Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...