Friday, June 9, 2017

Serikaya Ball...



Dah lama sgt teringin nak buat kaya ball ni, maka sebelum puasa ari tu merajinkan diri utk buat..alaaa guna acuan takoyaki je
Liza cuma buat separuh adunan dr resepi kat bawah ni, tu pun jenuh nak menyiapkan,hihhi

Resepi asal katanya dr Rinnchan,tp yg ni Liza CnP dr dapo K.Ina...tq ye utk kedua2 nya







RESEPI KAYA BALL

Bhn2:


250gm tepung kek ( Tepung gandum pun ok )
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125gm mentega
75gm gula castor
4 biji telur gred A
200ml susu segar 1/2 tsp esen vanilla
Serikaya secukupnya ( Serikaya dlm tin lebih sedap.. )

CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula castor hingga kembang dan gebu. Masuk telur satu persatu, terus putar hingga sebati.
3. Masuk 1/4 bahagian susu. Putar terus.
4. Masuk tepung dan selang-selikan dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
7. Isikan separuh adunan dalam setiap lubang acuan.
8. Bubuh serikaya secukupnya. Rinn gunakan piping bag . Tutup adunan hingga penuh.
9. Terbalikkan bebola kaya beberapa kali menggunakan 2 btg lidi satay sehingga masak dan keperang-perangan.
 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...