Thursday, April 6, 2017

Vadei..




Pertama kali cuba utk buat dan merasa makanan kaum India ni..bila tgk resepi dan kacng dhal frozen pun ada ,maka Liza pun teruskan hajat tu...walaupun rupa tak cantik tapi at least dapat jugak la merasa apa itu vadei,kikiki

Resepi kali ni Liza cuba dr umah CMG, anak2 cakap bau macam muruku...mmg betul pun, tapi bg Liza nk siapkan tu mmg bercinta la, tak boleh buat masa tgh kelam kabut









RESEPI VADEI

Bhn2:
 
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca teh jintan manis
2 tangkai cili kering, gunting kecil2
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...