Tuesday, April 18, 2017

Sayur Pedas Pucuk Manis n Cendawan..




Assalamualaikum wbt...sayur ni mmg dh selalu Liza buat, cuma selalu juga lupa nak upload kat sini..boleh juga gunakan petola utk masak cmni ye, makan dgn nasi panas2, gandingkan pulak dgn ikan grg dan sambal belacan,perghhh







RESEPI SAYUR PEDAS PUCUK MANIS N CENDAWAN

Bhn2:

Daun pucuk manis
1 paket cendawan - kalau besar siat2kn sikit
5 biji bawang merah *
2 s/k lada hitam *
Segenggam ikan bilis
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya



- tumbuk lumat bawang merah dan lada hitam, masukkan ikan bilis dan tumbuk sekadar utk pecah2kan je
- masukkan semua bhn ke dlm periuk dan masak hinga mendidih,
- kalau dah cukup segala rasa, padam api dan sedia dihidang..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...