Thursday, April 6, 2017

Basic Sandwic Sourdough..








Bila dah ada starter ni , rasa gian la pulak nk buat roti guna natural yeast ni...tapi bnyk lagi nk kena belajar tentang roti sourdough ni..timakasih Nurul sbb tak boring2 ajar akk

Resepi mmg dr Nurul tapi Liza buat ala2 roti subway n mini pizza..



BASIC ROTI SANDWIC SOURDOUGH

 Bhn2:
(A)
300 g tepung roti
1 sk garam
2 sk gula

(B)
1 1/2 sk yis segera

(C)
400g
sourdough starter
100g air suam

cara-cara
1.Masuk A dalam mangkuk pengadun dan kacau rata dan masukkan yis, sourdough starter dan air suam dan mula uli hingga licin dan elastik.20 minit kalau menggunakan tangan dan 7 ke 10 minit kalau menggunakan mixer.
2.Letakkan doh di dalam mangkuk bersih yang telah di gris terlebih dahulu dan tutup dengan plastik wrap dan rehatkan doh hingga ia naik sekali ganda.
3.Griskan pullman bread pan yang berukuran 9" x 4".
4.taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan keluarkan doh dan bahagikan kepada 3 bahagian .Ambil satu bahagian ,leperkan secara lembut dan gulung kemas ,buat hingga habis untuk dua lagi bahagian.Susun didalam pullman pan dan biarkan ia naik hingga melebihi sedikit dari aras atas permukaan pan.
5.Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar roti selama 30 minit dan bila sudah nampak keperangan permukaan atas roti tutup permukaan atas dengan aluminium foil dan sambung bakar lagi selama 20 minit lagi atau hingga masak.(total masa pembakaran 50 minit)
6.Setelah masak keluarkan roti dari oven dan rehatkan selama 10 minit dan kemudian keluarkan dari loyang.Jangan biarkan roti tinggal di dalam loyang kerana ia akan menyebabkan roti berpeluh dan lembab.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...