Tuesday, March 7, 2017

Puff Pastry Apple Pie...




Buat lagi apple puff ni guna resepi yg sama dr CMG...dulu anak2 mmg tak suka langsung makan apple pie / puuf ni, tapi semenjak Liza buat guna resepi dr Cik Mat ni, Alhamdulillah berselera diaorang makan...tq bnyak2 ye Cik Mat







RESEPI APPLE PIE
 
Bhn2 Inti:
 
2 biji epal hijau
1 genggam cranberry kering (atau kismis)
1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca besar penuh gula perang
1/2 camca teh tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar penuh mentega
1/2 camca teh jus lemon (optional)
Secubit garam

Bhn2 Lain:

 
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
1 kuning telur, untuk menglis
Sedikit chia seed - tabur atas










CARA MEMBUATNYA :-)
 
UNTUK INTI EPAL :-

 
  1. Kupas kulit epal, belah enam setiap satu, kemudian didadu, rendam dalam air. Panaskan mentega dalam periuk, toskan epal, dan masukkan ke dalam periuk. Goreng epal tadi dengan mentega hingga layu. Masukkan cranberry kering, gula perang, secubit garam dan serbuk kayu manis. Gaul rata dan masak hingga epal lembut, tambah jus lemon dan gaul rata, jika guna.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan biar pekat. Matikan api dan sejukkan inti tadi untuk kegunaan kemudian...

 
UNTUK PUFF PASTRY APPLE PIE :-

 

  1. Ambil sekeping puff pastry, gunakan plastik lapisannya sebagai pelapik. Kerat dua pastry tadi seperti gambar diatas, pastikan satu bahagian besar sedikit. Kelar2 bahagian yang besar tadi atau buat corak ikut kreativiti anda. Bahagian satu lagi sudukan 2 camca teh inti epal, kemaskan dan tutup dengan bahagian berkelar. Kemaskan tepi2nya dan tekan dengan garfu, pastikan anda tekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar, buat kaedah sama dengan baki bahan2 dan pastry tadi.* Liza x potong puff pastry td, letak inti sebelah bahagian...sapu telur di setiap tepi kulit dan lipat..tekan2 sikit biar kemas dan rapat..
  2. Sapu dengan kuning telur, tabur chia seed dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada kipas, hidupkan. Teknik ini akan menjadikan puff pastry lebih ringan dan cantik. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...