Wednesday, September 14, 2016

Sup Ayam Hadnyai Sedap...


Assalamualaikum wbt...sup ayam hadnyai ni Liza buat minggu lepas, ni semua sbb dah tak tau nak masak apa..mula2 plan nk buat sup biasa je, tapi tekak ni teringin lauk yg pedas n masam2..maka terjadilah supa ayam hadnyai ni tanpa sengaja.ihhii


Mmg tak rugi cuba sup ni sbb sedap bangat sihhh, anak2 n cik hubby cakap macam sup kat kedai tomyam,fuhhh kembang sekejap lubang hidungku,hahaha

Nanti lenkali Liza nk try buat guna tulang atau ekor,cnfrm lps ni dah tak g mkn kat kedai tomyam kan...tapi blh caya ke,hihii

Resepi asal katanya dr Pyhonda, tq ye ..sedap sgt sup ni n menepati selera ahli dlm rumah ni..








RESEPI SUP AYAM HADNYAI

Bhn2:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
3 biji cili api *
4 cm halia *
7 cm lengkuas dihiris nipis - tumbuk sikit
5 batang serai - pecah2kan
2 s/b ketumbar
1 s/k jintan manis
1s/k jintan putih

















Bhn2 tumis:
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelage
3 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih













Bhn2 lain:




Daun sup
Daun bawang
Batang sadri dan daun sadri

 
 
 

- Bhn bertanda * ditumbuk halus..

- 2 sudu besar Ketumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.

- Liza tambah sup bunjut



















Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...