Thursday, September 29, 2016

Strawberry Panna Cotta....







Alangkah nikmatnya dapat mkn dessert cmni time cuaca panas kan, mmg tak cukup semangkuk tu,hihii
Resepi ni Liza amik dr dapo K.Nor, mmg sedap bagai dikata...mmg rugi sape yg tak cuba
Sebenarnya macam2 buah kita blh guna utk buat panna cotta ni, ikut selera la kan




RESEPI STRAWBERRY PANNA COTTA

Bhn2:

2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan heavy cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree strawberi :
10 bj strawberi
2 - 3 sudu kecil gula








Cara:Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, heavy cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree strawberi.
Blend/mashed buah strawberi, kemudian masukkan gula.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum digunakan.
Utk menghidang, tuangkan puree strawberi ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.
*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree buah sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...