Tuesday, September 20, 2016

Ketupat Inti Serunding Daging...



Tak sia2 dulu selalu 'kena paksa' tolong arwah ma bungkus ketupat time raya,ihihi..sekarang ilmu tu pulak Liza selalu guna pakai dan akan Liza perturunkan ilmu yg tak seberapa ni pada anak2 Liza pulak, insyaallah

Sebenarnya bnyk permintaan yg nak beli ketupat ni, tapi mmg Liza tak sanggup nk buat jual..utk mkn sendiri lepas la..kalau utk buat jual tu mau patah pinggang mak ni nak ooiii, maaf bnyk2

Kalau tgk daun ketupat tu dah warna cmtu kan, sebenarnya yg ni Liza frozenkan, sng kan, bila ada daun tu, Liza buat ketupat dan frozen kan..bila2 bkn time raya kalau terasa nk mkn blh je mkn..








RESEPI KETUPAT PALAS SERUNDING DAGING
Bhn2: ( dpt lebih kurang 55 biji)

1 kilo beras pulut - bersihkan dan rendam semalaman
2 cawan santan pekat
Garam
3 cawan gula
Daun palas secukupnya

Serunding secukupnya


- kukus pulut hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit.
- masak santan bersama sdkt garam dan 2 s/b gula yg diambil dr gula di atas.
- angkat pulut dan masukkan ke dlm bekas besar dan gaulkan bersama santan masak dan kesemua gula di atas.
- gaul hingga betul2 sebati..( proses ni ambil lebih kurang 5 - 10 minit).
- ambil daun palas dan masukkan sdkt pulut, tekan2 hingga pulut td sdkt padat baru masukkan serunding dan masukkan pulut lg dan tekan lg pulut hingga betul2 padat..
- ikat ketupat dgn kemas, kalau tidak nnt dia akan terbuka masa rebus..
- buat hingga semua ketupat siap..
- sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya.
Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
( AIR JGN TERLAMPAU BNYAK MASA MEREBUS, NNT KETUPAT AKAN MENJADI LEMBIK)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...