Thursday, September 29, 2016

Homemade Pizza Dough...



Dah lama rasanya tak buat pizza, sampai adik pun selalu dok sebut..so, ari tu terpaksa merajinkan diri utk buat sbb adik ckp nk makan pizza tuna

Alhamdulillah Liza sgt berpuashati dgn resepi pizza dough dr Kak Azie ni, tq kak




Yg  ni versi tuna utk adik, tak nak bawang..mmg selera dia mkn



 
 



RESEPI HOMEMADE PIZZA DOUGH

Bhn2:

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)
 
Cara cara:
 
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.


Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.


Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan


Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.


Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian
 
Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.

Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping
  
 



Liza campak je semua bhn dlm BM sbb malas nk uli tangan,hihii

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Kakak macam teringin jugalah nak buat.
Kalau kakak pun terus masuk BM aje Liz, senang - tangan boleh buat kerja lain hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...