Monday, August 29, 2016

Bingka Pandan Chia Seed...








Masih setia dgn resepi dr K.Zana ni sbb sedap n senang...dan yg paling penting cnfirm jadi...tq kak







RESEPI BINGKA PANDAN
Bhn2:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka ( Liza tabur chia seed)
* Liza guna 2 cawan susu segar  Cara-cara
 
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.



Rendang Ayam Kampung Sifu.....



Pertama kali makan rendang ni masa sifu kek, Zah buat open house ari tu..terus tergoda dan terus usha resepi, ye la kan, masing2 ada cara berbeza utk memasak...jadi tak yah la nk jadi org yg bodoh sombong...belajar ni sampai bila2 pun takkan habis..

Alhamdulillah sifu sudi memanjangkan resepi ni kat kami, tq Zah..semoga rezeki Zah terus melimpah ruah..Aamiin
akk share kat sini pulak ye






RESEPI RENDANG AYAM KAMPUNG SIFU

Bhn2:

Bahan A
1 ekor ayam kampong - ayam biasa / daging pun blh
5 ulas bawang merah sedang *
3 ulas bawang putih *
4 btang serai di hiris halus *
2cm halia *
1cm lengkuas *
2cm kunyit *
segenggam cili kering di rebus (ikut suka pedas) *
10 biji cili padi (ikut suka pedas) *
- blend hancur semua bahan...
 
1/2kg santan pekat
1peket kecil kerisik
4 helai daun limau di koyak kasar
4 batang serai di titik
3 helai daun kunyit
sekeping asam gelugur
garam gula secukup rasa
 




cara cara:

- panas kan kuali dgn minyak secukup nya...
- masukkan sebatang kayu manis
- dua ketul bunga lawang
masak sekejap

- masukkan bahan kisar...
- tumis hingga masak (agak lama)

- masukkan ayam, serai titik, daun limau,asam keping, santan pekat, garam dan gula..
- masak dgn api sederhana hingga agak kering...
- masukkan kerisik dan daun kunyit...kacau sebati
- masak sekejap ...atau ikut kering yg kalian suka..

 
***tak perlu tambah air...cukup dgn air ayam yg keluar..


Tempahan Fudgy Brownies...alhamdulillah




Plain fudgy brownies



Fudgy brownies with salted caramel n choc ganache drizzle

Fudgy brownies with salted caramel n choc ganache drizzle
 
 


Nak order ke, meh WA Liza 0192113080



Tempahan Hokkaido Cupcakes Lagiiii..alhamdulillah




 
 
 
Berminat utk menempah blh WA Liza 0192113080
 
 

 

Masak Lemak Ikan Keli Salai....





Assalamualaikum wbt...ni kes nk perabis stok ikan keli dlm freezer ari tu..kalau tak, asyik2 buat sambal kan,hihihi

Jadi ari tu dgn sengaja cuba buat masak lemak pulak...mula2 Liza panggang ikan keli hingga masak,alaa atas dapur gas je..lps tu baru mula proses memasak, jom tgk cmner Liza buat,hihihi






RESEPI MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI

Bhn2:

4 ekor ikan keli - bersihkan dan panggang sehingga masak
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
7 biji cili api *
1 btang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
Santan dr sebiji kelapa
Garam, perasa
1 keping asam keping


- mesin semua bhn bertanda * hingga halus..
- masukkan kedlm periuk bersama asam keping, serai serta daun kunyit, masak dgn api sederhana hingga mendidih..
- masukkan garam dan perasa ..
- akhir sekali masukkan ikan yg telah dipanggang td..
- kacau biar sebati kuah dgn ikan td..
- tutup api dan sedia dihidang..

Saturday, August 27, 2016

Daging Maharani....


Lauk ni pun minggu lepas Liza buat, tapi makan dgn nasi putih je...malas nk buat nasi spesel2,hihii

Bila Google, ada mcm2 versi, ada yg guna rempah beriani dgn rempah kari, ada yg guna rempah kari ngn garam masala...jadi Liza decide utk try guna garam masala campur rempah kari..mmg terlajak sedap

Ambik dr dapur Kak Ayu ,tapi Liza guna daging...main lebur je dgg dalam kuah tu, tak yah nk grg2 dulu..







RESEPI AYAM MAHARANI


Bhn2:

1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya


- Liza guna dgg, jadi Liza skip proses ni


Bahan2 kisar A:

5 labu bawang besar
10 biji lada hijau +cili padi
5 biji lada merah
1 biji tomato
2 sudu makan tomato puree
1 inci halia & 8 ulas bawang putih
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu kecil rempah masala


Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan
1 cawan air
10 biji gajus

- Liza guna yogurt sepenuhnya

Bahan2 C:2 helai daun bay
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris

garam
secukup minyak untuk menumis 






Cara:-

Ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam, garam dan digoreng. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis daun bay, kayu manis dan pelaga hingga wangi.
Masukkan bahan kisar A dan tumis hingga garing dan naik bau. Tuangkan campuran bahan kisar B, daun pudina, daun ketumbar dan garam, Kacau rata dan biarkan mendidih.
Tambah air jika terlalu kering.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api yang perlahan hingga ayam empok dan naik minyak.
Padam api dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng(ramas sebelum ditabur. Jangan digaul.
Kacau rata sebelum dihidang.

Apam Balik 3 in 1...





Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari minggu...apam balik ni liza buat beberapa hari lepas utk minum ptg...saje try resepi lain pulak..Alhamdulillah sdp kata ahli2 dlm rumah ni, dah macam yg beli pulak katanya..

Yang paling best bila buat sendiri ni blh letak filling sesuka hati, bnyk mana pun takpe, takde org marah...hihii

Kali ni Liza buat guna resepi dr dapur Kak Azie, tq kak sbb sedap sgt







RESEPI APAM BALIK

Bhn2:

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan tabur:  
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin 
Choc rice - Liza tambah


Cara-cara
 
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.

Friday, August 19, 2016

Nasi Goreng Beriani Ketam...



Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat...nasi goreng beriani ni pernah pemes di kalangan blogger2 masakan satu ketika dulu...resepi asal rasanya dr K.Nor Ganu tu,tp sekarang ramai blogger yg seakan merajuk dan menyepikan diri dr dunia blogging...satu keadaan yg menyedihkan bg Liza, rindu suasana dulu2..

Malas dah nk emo2, jap lagi nk g amik adik blk sekolah...jom kita tgk resepi kat bawah ye, kali ni Liza masukkan sambal ketam leftover,hihihi









RESEPI NASI GORENG BERIANI
Bhn2;


2 pot beras basmathi (pot rice cooker) ~ dimasak( guna beras biasa)
1 keping dada ayam ~ dihiris kecil
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah beriani ~ bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 tangkai daun kari
1 biji telur ~ dikocok sedikit
1/2 batang carrot *
1/2 biji capsicum merah *- xde stok
1/2 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)- xde stok
Sambal ketam leftover
garam, gula
minyak

Cara2:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan ayam dan goreng sehingga ayam berubah warna.
Masukkan pula cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan rempah beriani dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga daun kari dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan sambal ketam, carrot, capsicum merah dan capsicum hijau serta garam dan gula secukupnya. Goreng sekejap.
Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Alihkan nasi ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau telur hingga menjadi spt scramble egg.
Kemudian kacau nasi bersama telur dan goreng seketika.
Angkat dan hidangkan


Thursday, August 18, 2016

Nasi Ala Kak Wok...



Sebenarnya Liza mmg tak pernah makan nasi kak wok ni, rasa pun tak tau la kan...cuma dapat bayangkan je apa yg org dok citer..lama melayan perasaan, ari tu teringin sgt nak makan..cari punya cari, terjumpa lah resepi ni kat SINI , lain dr yg lain...terima kasih pada empunya resepi ye



RESEPI NASI ALA KAK WOK

Bhn2 kari ayam:
1/2 ekor ayam
1 bj bwg besar hiris nipis #
1inci halia #
4 pelepah daun kari #
3 ulas bungga lawang #
1 btg kayu manis #
5 buah pelaga #
5 bj bjunga cengkih #
4 sdb rempah kari ayam /daging babas
4 sdb sbuk lada babas
2 sdb sbuk rempah briani
Minyak untuk menumis
Santan kotak kara 200ml
Kacang panjang dan terung - potong kecil
Air
Garam. sedikit gula
Pati Kiub norr 2 pcs -Liza xletak
Sedikit asam jawa ambil jusnya
 
- Tumiskan semua yg bertanda # sehingga naik bau wangi...
- Masukan rempah kari , rempah beriani, serbuk lada yg siap di jdkan pes ( bancuh dgn sedikit air )
-  Tumis sampai terbit minyak.
- Masukan ayam gaul rata
- Masukan santan gaul rata tambah air utuk kuahnya air agak agak je.
- bila dah mendidih masukkan kacang panjang dan terung.
- Masukan bhn perasa
- Masak sehingga pecah minyak...siap!
 




 
 
Ayam goreng kunyit:
1/2 ekor ayam potong kecil
Garam agak agak je
Serbuk pati ayam norr @ sedikit aji
Serbuk kunyit
Kacang panjang potong2 - Liza xletak
Bwg besar hiris
Minyak mengoreng
- Gaul ayam bersama garam ,kunyit ,pak ~ aji @ serbuk pati ayam norr
Peram seketika
- Goreng ayam sehingga kekuningan .
- Setelah ayam kekuningan masukan kacang panjang dan hirisan bawang besar ......siap!
 
Sambal cuka:
Lada besar + lada kecil
Cuka
Garam
Gula
-  Blend lada sehingga hancur masukan bhn rasa
 
 
 
 


Tuesday, August 16, 2016

Tempahan Vanila Muffin...



Berminat utk tempahan blh WA0192113080



Tempahan Aneka Roti...




Bila customer request nk roti, terpaksalah buat jugak kan..
Bagi yg berminat nk order blh WA 0192113080







Baked Cheezy Macaroni....



Assalamualaikum wbt...baked macaroni ni Liza buat dah lama, terjadi tanpa sengaja sbb mula2 mmg plan nk buat lasagna..lps dah buat segala sos, tgk2 lasagna sheet dah abis,nasib baik macaroni ada lg sepaket..maka terjadilah baked macaroni versi lasagna

Apa2 pun, resepi mmg the best....rasa tak puas mkn






RESEPI LASAGNA

Kuah daging :

300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce








Sos keju :

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api
.



Bhn2 yg diperlukan :

1 kotak instant Lasagna - 1 paket macaroni
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Lasagna tak perlu di masak ye! - Macaroni kena rebus dulu ye
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.



Sunday, August 14, 2016

Serawa Durian Bonda...



Bila musim durian ni, macam2 la menu berasaakan durian keluar kan, hihihi
Kali ni Liza buat serawa durian tapi cicah ngn roti je..Alhamdulillah sedap jugak







RESEPI SERAWA DURIAN BONDA

Bhn2:

10 ulas durian / lebih -ikut selera
2 cawan santan dr 1/2 biji kelapa
1 cawan nise / gula merah
1/2 cwn gula pasir
1-2 helai daun pandan
1 s/b halba
Sehiris nipis halia
3 s/b tpg gandum - utk pekatkan kuah
Sdkt garam

- masukkan semua bhn B ke dlm periuk danmasak hingga mendidih dgn api sederhana kecil.
- bila dah sesuaikan rasa, angkat dan blh dihidang dgn pulut atau putu mayam..



Nasi Pilaf Tomato...




Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu utk semua...mesti ramai yg JJCM ari ni kan, tapi Liza dok kat umah je ari ni sbb kurang sihat..

Berbalik pada nasi ni, sebenarnya Liza buat weekend minggu lepas masa abg blk bercuti..makan dgn kambing Kashmir yg dibiarkan semalaman, perghhh mmg sedap la..ada juga ayam goreng mamak





 
 
 
Resepi nasi ni Liza amik dr dapur Kak Ayu, dan macam biasa la mesti ada edisi derhaka kan..hihii
 
Tq Kak Ayu, sedap nasi ni
 
 
 




RESEPI NASI PILAF TOMATO

Bhn2:


1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
Air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina
Segenggam daun ketumbar - siatkan sikit
1/4 cawan susu sejat-(sorry just edited)- xletak
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng




Cara:-

Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan

Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.

Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.



Thursday, August 11, 2016

Akok Durian..



Pestime buat akok durian ni, kali ni Liza gunakan sepenuhnya telur itik...betul macam yg K1 bgtau, kalau guna telur itik kuih ni akan tebal, sebaliknya kalau guna telur ayam kuih ni nipis sikit..betul la tu, lps bakar kuih ni akan mengecut sikit tapi takde la bnyk sgt kan..tq K1 for the tips


Resepi ni Liza ambik dr dapo Atie, mcm2 versi akok ada kat situ,hihihi...tq Atie







RESEPI AKOK DURIAN


Bahan2: ( 15 biji akok )

5 biji telur  -Liza guna telur itik
200 ml pati santan / 1 kotak santan KARA
160 ml air
100 gram gula perang
 40 gram tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan/ pandan paste - guna durian paste
3 ulas isi durian
secubit garam halus








Cara-cara :

Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan kecuali air dan isi durian.
Blend hancur isi durian bersama air.
Tuangkan isi durian ke dalam bekas yang mengandungi bahan2 lain tadi.
Kacau semua bahan sehingga sebati dan tapiskan jika perlu. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Panaskan acuan yang telah disapu minyak sebentar.
Keluarkan acuan dan isi adunan sehingga penuh dan bakar selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah.
Kuih ini akan mengembang ketika dibakar dan akan mengecut setelah dikeluarkan dari oven.





Kambing Kashmir Kebaboom....








Assalamualaikum wbt...sebenarnya lauk ni dah lama ada dlm list, tp biasa la kan, bila list panjang berjela mst ada yg terlepas pandang..tapi ari tu dgn sengaja Liza buat lauk ni tapi guna kambing..mmg btl la ckp kawan2 , lauk ni mmg sedap..


Resepi asal dr Dayang tapi dah dicuba oleh ramai blogger handalan..terima kasih ye semua kerana memanjangkan resepi ni..








RESEPI KAMBING KASHMIR

Bahan2 :

1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak) - Liza guna 1kg kambing

Bahan A :

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan  
sedikit daun kari
4 batang cili hijau


Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan,daun kari, bawang hiris,halia dan serai ketuk hingga terbit bau dan sedikit layu.
  2. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan cili giling di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kambing, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  4. Masukkan tomato, cili hijau, garam dan gula secukupnya. Hidangkan setelah masak. Sesuai dihidang bersama nasi berperisa atau nasi putih


 

Wednesday, August 10, 2016

Tempahan Heaven Chocolate Brownies....



Rasa brownies ni mmg kena dgn nama dia, mmg betul2 heaven la bg peminat coklat...boleh je request nk topping atau nk kosong cmtu je...bg Liza dua2 pun sedap teramat




Topping salted caramel n choc ganache
 
 
 




Sebarang tempahan boleh WA Liza 0192113080

Paprik Tenggiri



Biasanya Liza suka guna ikan siakap utk masak paprik ni, tapi kali ni liza cuba guna ikan tenggiri pulak..wallaaa, sedap sungguh la..bila buat lauk2 cmni dah tak yah pening kepala nk masak lauk sampingan, sbb dalam ni dah ada sayur, cuma tambah telur dadar je, hihii..senang keje kan






RESEPI TENGGIRI MASAK PAPRIK

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Garam, gula

 
Cara-cara

Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing

Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato.
Gaul rata dan boleh lah diangkat dan dihidangkan..

Tempahan Hokkaidi Cupcakes Gebu...



Alhamdulillah Hokkaido cupcakes mendapat sambutan hangat dr customer yg kebanyakannya customer baru...komen diaorng, cupcakes ni mmg sedap..tak cukup  kalau order sekotak, Alhamdulillah semua dgn izin dariNya..

Berminat nk order meh WA Liza 0192113080, minimum order sekotak / 25 biji






Kaswi Pandan Wangiii..




Assalamualaikum wbt...kaswi pandan ni mmg sdp, wangiii je..anak2 pun layan kuih ni

Terima kasih pada Kak Yati, dah banyak kali Liza buat kuih ni sbb family sukaaa sgt..
Biasanya kalau nk cari resepi kuih2 melayu, Liza mmg suka geledah dapur kak Yati ni..kat situ bnyk pilihan, pilih je yg mana berkenan..hihii






RESEPI KASWI PANDAN WANGI

Bhn2:

1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan - blend 2 cawan air + 5 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn


sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja

Cara-Cara

Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.


*Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..

Rendang Ayam Bonda...



Assalamualaikum wbt...rendang ayam ni tak tau la bila Liza buat, dah lama bebenor,hihihi
Masih setia dgn resepi arwah ma sbb kena dgn selera kami, ye la kalau org lain pun suka takkan anak2 sendiri tak suka kan..
Jom intai resepi kat bawah..






RESEPI RENDANG AYAM BONDA
Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan

2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 keping asam gelugor
1 s/k serbuk jintan manis
1 s/k serbuk jintan putih
1 s/k serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa


Bahan B (Dikisar):

 
10 biji bawang merah
5 batang serai
3 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
20 tangkai cili kering

 
 
 
 
 

Cara Memasak:-

Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
Kacau sekali sekala je ye, nnt isi ayam hancur..
Masukkan garam, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
Dah pun siap, boleh mamam...

Monday, August 8, 2016

Ayam Masak Kari Beriani...



Assalamualaikum wbt...lauk ni sebenarnya bukan lauk yg baru Liza buat ye, rasanya dah 2 3 minggu punya menu kot...hihi
Resepi ni Liza dapat kat SINI, tq pada empunya resepi yg sedap ni..lauk ni Liza gandingkan dgn nasi minyak, sedap terangkat..




 
 
 
 
RESEPI AYAM MASAK KARI BERIANI
 
 
Bhn2:
 
 
1 ekor ayam - potong dan bersihkan
3 sekawan - bunga lawang, kayu manis dan buah pelage
1 s/makan ginger garlic paste
1 biji tomato
1 biji bawang merah besar - hiris @ dadu
2 batang cili hijau  - potong 2
3 helai daun bay / daun salam
4 s/makan bryani masala powder
2 s/teh serbuk kunyit
1 s/teh serbuk cili
Segengam daun ketumbar
Segenggam daun pudina
1 s/mkn pes pudina
2 s/ makan tairu - guna yogurt
1 cawan air
Sedikit minyak
Garam, gula
 
 
 
 
 
 


- panaskan sedikit minyak dan tumis 3 sekawan, garlic ginger paste dan daun bay hingga naik bau..
- masukkan bwg merah hiris dan cili hijau dan tumis lg hingga Wangi.
- bancuh serbuk kunyit, bryani masala dan serbuk cili dgn sedikit air - jadikan pes..
- masukkan pes td dan tumis lg
- bila dah garing, masukkan pes pudina bersama tairu ke dlm tumisan td, dan masak hingga pecah minyak..
- masukkan ayam, daun pudina, daun ketumbar dan tomato..
- masukkan 1 cawan air dan garam serta gula, kacau rata..
- biarkan mendidih dan ayam masak..
- setelah masak, taburkan daun ketumbar dan sedia dihidang..




Friday, August 5, 2016

Tempahan Hokkaido Cupcakes, alhamdulillah









Alhamdulillah, terimakasih pada kawan2 yg menyokong produk ID ..

Sebarang pertanyaan atau tempahan WA Liza 0192113080



Tempahan Chocolate Indulgence Cheese Cake..







Berminat utk membuat tempahan boleh WA Liza 0192113080

Set Nasi Kambing Panggang...





Assalamualaikum wbt...bersua lagi pada 2 Zulkaedah 1437H,semoga kita semua sentiasa di dlm rahmat Allah swt...Aamiin

Berbalik pada menu nasi ni, mmg dah lama Liza simpan resepi dr  sahabat yg berada di Bahrain ni, tapi baru2 ni baru kesampaian utk masak ..hubby ngn anak2 mmg puji habis la, tapi ada bhn yg Liza derhaka sikit,hihii

Tq ye Maz utk nasi yg super duper sedap ni...






Gambar pun tak sempat nk posing cantik2 sbb semua dah tunggu nk makan,hihii



RESEPI NASI KAMBING PANGGANG

Bhn2:
1kg kambing segar
1/2 labu kecil bawang besar bombay *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2-3 sudu besar sos lada hitam - Liza guna 2 s/b lada hitam tumbuk
2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun
sedikit kicap manis
Daun thyme
Daun rosemary



Cara
1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 6-8 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.



Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.





Request utk buat lagi lps ni, tapi nak ratah cmtu je...layannn


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...