Tuesday, July 19, 2016

Kengsom / Asam Pedas Thai Ikan Patin...



Assalamualaikum wbt...menu ni Liza buat masa bulan pose ari tu lagi sbb nak habiskan stok ikan patin dlm freezer..,nak buat patin tempoyak, stok tempoyak dah ilekk..jadi terpaksa la cari alternatif lain, janji sedap n senang..

So cari punya cari terberkenan la resepi kengsom @ kaengsom ni dr dapo adik manis Yana ni...pastime cuba buat n mkn asam pedas thai ni,mmg sedap sgt n berbaloi2 mencuba...tq Yana








RESEPI KENGSOM IKAN PATIN

Bahan kisar:

1 labu bawang putih
3 ulas bawang putih
5 batang serai
5-6 biji cili api ( ikut tahap kepedasan masing2 )
1 tangkai cili kering
1 inci kunyit
sedikit belacan

Bahan lain:

1 ekor ikan patin ( ikan lain pun boleh )
2-3 keping asam keping ( jus asam jawa pun bleh )
Daun kesum
Kangkung - xde stok
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya 

CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan air dalam periuk dan didihkan bersama bahan kisar selama 10 minit.
  2. Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan ikan. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidihkan lagi.
  3. Last masukkan sayur kangkung dan boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..


Senang je kan, yang penting sedap...perghhhh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...