Thursday, June 23, 2016

Kuih Keria Lembut...



Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan utk semua...raya dah makin hampir, org lain sibuk dok tayang kukis, tp Liza ni still mood M lagi...hihihi

Tak pe la, meh Liza tayang kuih muih utk berbuka, mana tau dah ketandusan idea kan.. kuih keria ni mmg peberet family Liza, ye la dah rasa mcm kuih cek mek molek kan.





RESEPI KUIH KERIA
Bhn2:
500 gm keledek putih/kuning (bukan yg kaler oren ya)
1 cawan tepung gandum

1 s/b tepung ubi - Liza tambah
1 s/b marjerin - Liza tambahgaram secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air






Cara-Caranya

  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan






**Untuk adunan kuih di atas, saya hanya gunakan separuh je adunan gula utk sira kuih. Maksudnya saya guna 1/2 cwn gula dan 1/4 je air. Masak sampai likat, matikan api dan masukkan kuih dan gaul perlahan sehingga semua kuih bersalut gula. Selamat Mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...