Thursday, November 5, 2015

Prosperity Burger ( Roti Homemade)....



Assalamualaikum wbt....hari tu ada mood rajin sikit so, Liza decide utk cuba buat sendiri roti ni, alhamdulillah percubaan yg tak mengecewakan...resepi ni Liza amik dr buku Alex Goh 'The World of Bread'....

Resepi roti ni boleh juga dibuat roti burger..filling pulak terpulanglah ye nak letak apa2 pun..jom kita tgk resepi roti




RESEPI ROTI BURGER/ HOTDOG

Bhn2:

400gm tepung roti
20gm gula
6gm garam
1s/b tepung susu
1 s/t yis segera
250ml air ais
30gm shortening

- satukan semua bhn kering, masukkan air sikit2 dan uli hingga jadi doh..
- tambah shortening dan uli lagi hingga lembut dan elastic..
- masukkan ke dlm bekas dan biar ia naik mengembang selama 45 minit atau sejam..
- bahagikan doh jadi 60gm sebiji dan bentukkan menjadi bebola dan biar 10 minit..
- gelek rata dan gulung, leperkan sikit utk buat roti hotdog ni..
- letak dalam dulang yg telah disapu minyak dan biarkan ia naik lagi selama 45 minit..
- spray dgn air dan tabur bijan.
- bakar pada suhu 190C selama 15 minit..


Liza guna BM je








Resepi sos lada hitam Liza mmg suka guna resepi dr acik yam ni..mmg marbeles dan menepati selera kami..

RESEPI SOS LADA HITAM

Bhn2:

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)
Cara-cara
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...