Tuesday, September 22, 2015

Muffin Pandan...


Assalamualaikum wbt dan Salam Aidiladha utk semua...di kesempatan ini marilah kita bersama2 memanjatkan doa agar semua jemaah haji kita selamat dan dipermudahkan segala urusan dlm menunaikan haji serta mendapat haji yg mabrur, insyaallah...Aamiin


Ari ni rasa nak menerai resepi muffin pandan pulak utk minum ptg...google punya google jumpalah resepi yg belum pernah Liza cuba..dan tgk pada cara membuatnya, dah boleh agak muffin ni more to tekstur kek..muffin ni agak lembut dan gebu, tak padat macam muffin biasa...sedap dan alhamdulillah anak2 pun suka..






Amik dr dapur Kak Yati, tq kak atas perkongsian ni, masa bakar pun harum je bau satu rumah...


RESEPI MUFFIN PANDAN

Bhn2:


180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya

  1. Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..





Untuk satu adunan yg Liza buat ni, dapat dalam 20 biji cup saiz M...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...