Wednesday, May 27, 2015

Nasi Goreng Tomyam Telur Masin...


Assalamualaikum wbt ...hari ni masak simple2 je sbb tgk bnyak nasi semalam yg berbaki..jadi amik keputusan utk grg je la, sian kat nasi tu kan...lepas anak2 g sekolah pagi tadi, Liza terus keluarkan ayam KFC yg difrozenkan ari tu, sebagai lauk utk nasi goreng nnt...mula2 tu pikir nak grg mcm biasa je,pastu abg cakap, try goreng tomyam style la umi...ok je, sbb perencah tomyam mmg ada stok..so, bermulalah godek bhn2, pastu terpandanglah sebiji lagi telur masin lebihan lauk semalam, apalagi, campur sekali la...sebab tu terjadilah nasi gorengseperti tajuk di atas ye, harap maklum,hihihii





Resepi ni sempoi je, alaa macam kita nak buat tomyam tu la, tak caya, jom tgk bhn2 kat bawah ye..

RESEPI NASI GORENG TOMYAM TELUR MASIN

Bhn2:

4 cawan nasi sejuk
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
5 batang cili padi - tumbuk sikit
1 batang serai - hiris halus
2 helai daun limau purut - koyak2
1 s/b cili mesin - optional
3 s/b perencah tomyam
Ayam goreng KFC - apa2 lauk pun boleh ( potong kecil)
Kacang panjang -potong kecil
1 biji telur masin -  hancurkan sedikit
Sedikit garam
1 biji telur - kocok sedikit
Minyak utk menumis


- bhn bertanda * ditumbuk lumat - kalau nak hiris pun boleh




- panaskan sedkit minyak masak, tumis bhn2 tumbuk dan cili mesin hingga wangi..
- masukkan perencah tomyam dan sedikit air, dan tumis lagi hingga kering, masukkan serai yg dihiris dan daun limau..
- masukkan sayur kacang panjang dan ayam goreng KFC td,gaul rata,sambil tu masukkan garam secukup rasa, gaul lagi hingga agak2 kacang panjang tu empuk sdkt ye..
-  masukkan telur yg telah dikocok tadi, dan nasi, gaul sebati..
- akhir masukkan telur masin yg telah dihancurkan sedkit dan gaul hingga semua bhn sebati...



Wednesday, May 20, 2015

Kuih Bijan/ Kuih Bom...



Dah lama rasanya tak buat kuih bom atau kuih bijan ni, alang2 inti kelapa ari tu ada lagi, maka terajin lah sikit nak buat kuih ni...kuih ni mmg ramai peminat kat umah ni, diaorang mmg suka kuih yg kenyal2 cmni..resepi kali ni Liza amik dr fb Suriani Osman, thnx ye Sue..





RESEPI KUIH BIJAN/KUIH BOM


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum...

Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:


 Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).Sejukkan inti.

 




Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti yang telah di kepal bulat bulat.

Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.





Japanese Cream Puff...


Dah lama dok terliur tgk org buat japansese cream puff ni, baru ni la baru berkesempatan utk buat dan rasa..mmg berbaloi2 walaupun tak berapa nk crispy kat atas tu sbb pandai2 derhaka kan...padan muka, tapi krim filling dia mmg terbaik la..terima kasih K1 atas perkongsian resepi yg marbeles ni, pasni kena buat lagi dan kena pastikan ikut arahan betul2 la utk dapatkan hasil yg wowww..

 



RESEPI JAPANESE CRISPY CREAM PUFF

Bhn2: Liza buat 2 adunan,dapat dlm 45 biji

Choux Pastry 75ml air
50ml susu cair
50gm mentega tawar
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur B - Liza guna 3biji telur A
75gm tepung gandum - ayak

Doh Pastry
100gm tepung gandum
3 sudu besar gula kaster
75gm mentega

Satukan doh pastry dan uli hingga sebati.  Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
- disebabkan Liza gandakan adunan kt atas tu, maka semua digandakan la, KECUALI telur Liza guna 3 biji..ok, faham kan


Cara-cara :
1.  Choux Pastry :  Satukan air, susu cair, mentega, gula dan garam.  Masak hingga mendidih.
2.  Tutup api dan masukkan tepung gandum.  Kacau dengan senduk kayu hingga menjadi segumpal doh.  Buka api dan kacau seketika hingga terdapat lapisan putih di dasar periuk.
3.  Biarkan doh sejuk,  kemudian masukkan telur satu persatu sambil di kacau sebati menggunakan senduk kayu atau mixer.
4.  Masukkan doh ke dalam piping bag dengan muncung nozzle bulat 1cm.  Pipe ke atas dulang yang di alas baking paper.
5.  Doh Pastry :  Canai doh pastry nipis 3mm tebal dan terap menggunakan cutter 6cm.  Letak potongan doh tadi ke atas setiap puff tadi dan carik2 sedikit tepi dan atasnya untuk memberi kesan rekahan -yg ni Liza tak ikut sbb tu tak cantik,hihhi..kalau nak tgk cmner rupanya boleh tgk kat blog Kak Wan ye..

6.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 200C selama 15 minit.  Kemudian turunkan suhu kepada 170C dan bakar selama 15-20 minit lagi.





Cream Filling 200ml susu segar
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
40gm gula kaster
20gm tepung jagung / tepung kastard
130ml heavy cream / UHT whip cream

Cara-cara :
1.  Putar heavy cream hingga kental.  Ketepikan.
2.  Panaskan susu hingga berbuih di tepi periuk.  Tutup api.
3.  Pukul kuning telur dan gula hingga rata,  Masukkan tepung jagung dan pukul sebati.
4.  Tuang campuran tadi ke dalam susu panas dan masak hingga pekat dan berkilat.
5.   Angkat dan masukkan ke dalam bekas lain, kaup balikkan bersama heavy cream hingga rata dan sebati.  Sejukkan dahulu dan masukkan ke dalam piping bag.
6.  Untuk menghidang, potong bahagian tengah puff dan pipe cream ke dalamnya.

Tempahan Cheesecake...





                                    Blueberry cheesecake




                                     Strawberry cheesecake



Berminat utk order blh WA Liza 0192113080 ye...

Light Cheesecake with Strawberry Compote....



Assalamualaikum wbt ...kali ni Liza nak share kek yg Liza buat ari tu, Alhamdulillah sedap..Resepi dan tutorial utk buat cheese cake ni Liza rujuk pada blog Hasue, thnx ye Sue sbb dgn adanya penerangan yang jelas tu, lebih mudah utk difahami...
Kali ni Liza gabungkan dgn strawberry compote, perghhh satu gabungan yg sangat mantap...kalau takde boleh je nak letak topping apa2 pun, atau nak makan kosong cmtu pun ok jugak...ikut selera masing2 ye..



RESEPI LIGHT CHEESECAKE

Bhn2; ( Loyang 8")

125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]-Liza guna 150gm
300 ml susu segar
80 g mentega atau marjerin
80 g tepung gandum
80 gram gula halus
3 biji telur saiz A
beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
 
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
 
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
 
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
 
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
 
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
 
7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
 




STRAWBERRY COMPOTE

Bhn2:

250 gm strawberry
1/2 senduk gula - agak2 manis ye
1 s/t garam
1 cawan air
1 s/t perahan lemon /sehiris nipis lemon - optional, tak letak pun xpe..cuma utk bagi wangi je

- campurkan semuanya dan masak atas api sederhana besar hingga pekat..
* ada jugak yg tambah tepung jagung utk pekatkan sos strawberry ni, terpulang lah ye..*

* kalau tak nak buah tu hancur sangat pun boleh, ikut citarasa la ye






Friday, May 15, 2015

Meron Pan huru hara...janji sodap


Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat penghulu segala hari....Alhamdulillah kita masih diberi keizinan utk menyedut udara dan menikmati keindahan ciptaan Allah swt dan bersama org2 yg kita sayangi...Alhamdulillah

Dari ari tu lagi Liza mmg berkeinginan utk mencuba roti dr Jepun ni, sbb nmpak sangat sedap..pastu, semalam dgn semangat yg berkobar2 cuba untuk buat roti ni...memang sikit kelam kabut sbb bnyak step, lepas tu pulak ikut suka je nak buat cmner kan...last2 pm la adik sayang yg dok jepun tu Ika, tanya nape tak jadi..lepas Ika dah terangkan cara2 yg sepatutnya, barulah Liza faham...jadi, moral of the story, sebelum nak buat apa2 pun, study la dulu serba sikit ye...hihihi





So, inilah rupanya meron pan Liza yg tak berapa nak jadi dr segi rupa TAPI rasanya walllaaa, memang marbeles...2 in 1, biskut n roti, mestilah sedap kan...
Terima kasih banyak2 Ika atas perkongsian resepi ni n atas tunjuk ajar, tak yah la akk susah2 nk g jepun utk cari roti ni kan...akk minta izin share kat sini pulak ye...


RESEPI MERON PAN

Bhn2:
Doh Biskut (Siapkan doh biskut dulu)
50g unsalted Butter
60g gula
50g telo atau sebijik telo di kocok kejap
160g tepung kek atau tepung serbaguna
1/4 sk baking powder
Sedikit esen vanila

Cara2

Pukul butter sampai creamy sikit baru masukkan gula n pukul lagi sampai sebati.
Masukkan telo yg dah dipukul sekejap sedikit demi sedikit, jgn masukkan semua, masuk sikit2 jgn malas2😁 masukkan esen vanila sedikit, bila dah sebati, boleh masukkan tepung n baking powder yg dah di ayak terlebih dahulu, uli sampai doh tak lekat kat tgn, n kalau lembik tambah tepung sikit2 tp jgn sampai keras sbb doh ni mmg lembut sikit.
Simpan dlm fridge lebih kurang satu jam, masa ni boleh lah buat doh roti😊



Doh Roti

200g Tepung Roti
50g Tepung serbaguna atau tepung gandum
15g Butter
30g Gula
1 biji Telur Kuning
4g Garam
1sk Yis
50g susu segar
100g Air hangat, satukan dgn susu kat atas tu

Cara2

Uli mcm biasa atau boleh masuk BM





*Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, buatkan bulat sampai habis, tutup dgn cling wrap n biar 15minit.
Sementara tu, kuarkan doh biskut td yg dah disimpan dlm fridge, potong2 kan dlm 50g berat setiap satu.
Canaikan doh dgn mengalas cling wrap atasnya n bhgn bawah tabur tepung sikit.
Balutkan doh biskut yg dah di canai td, kat atas doh roti yg dah di bentukkan n di biarkan 15 minit td, balut kemas n boleh celupkan bhgn biskut td kat dlm gula, n potong bentuk diamond.
Buat sampai habis n naikkan lagi sekali ganda barulah boleh di bakar sampai keperangan atau masak.

 




Tips dr Ika...

- Lepas balut roti tu dgn adunan biskut, terus kelar..jadi bila roti tu mengembang akan nmpk bentuk diamond..huhuu, ni part yg Liza tak tau,sebab tu bila roti mengembang, adunan biskut tu crack, Nampak tak..ihhii
- pukul adunan biskut tu pun jangan over sgt, juz nmpak creamy je..

Kat bawah ni Liza share gambar dr fb Ika, boleh tgk cara2 nak bungkus doh roti tu ye...



Terima kasih bnyak2 ye Ika...akk pinjam gambar ni utk rujukan akk  lain kali...

 
 

Friday, May 8, 2015

Moist Muffin Pandan...






Assalamualaikum wbt dan salam jumaat ...disebabkan anak2 Liza suka menu yg berasaskan daun pandan ni, maka terajinlah sikit nak buat muffin pandan ni, lagipun nak buat muffin ni senang je kan...godek2 terus bakar, siappp..hihii


Resepi muffin kali ni Liza amik dr dapur Kak Azie, memang moist..terima kasih kak





RESEPI MOIST MUFFIN PANDAN

Bhn2:

200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder 
1/2 sk bicarbonate soda 
1/2 sk garam
120gm gula kaster
200ml santan - ( Liza guna susu cair)
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste 
1/2 sk pandan essence
Sedikit pewarna hijau
Badam hiris atau apa yg disukai - tabur ( guna butterscotch chips)

Cara cara:
1.  Panaskan oven pada Suhu 190 C. Sediakan muffin cups. 
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata. 
3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna. 
4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. 
5. Tuangkan adunan ke dalam papercups. Tabur dengan badam. - Liza tabor dgn butterscotch chips
6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.






Wednesday, May 6, 2015

Kerutuk Ayam Marbeless...



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...Liza buat kerutuk ayam ni minggu lepas, sebelum cuti hari tu lagi...bhn2 lebih kurang sama dgn kerutuk daging yg pernah Liza buat kat SINI...





Kerutuk atau kerutup, Liza pun tak tau ejaan mana yg betul,hihii..
Yang penting, lauk ni mmg sedap kalau makan dgn nasi berperisa atau nasi putih, dgn pulut kuning pun rasanya mmg mengancam..kalau tak caya, cuba buat..







RESEPI KERUTUK AYAM MARBELES

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
6 ulas bwg merah*
2 ulas bwg pth*
1/2 inci lengkuas*
2 btg serai*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 paket kecil rempah kerutup (Liza guna adabi)

2 s/b rempah kerutuk klate2 s/b rempah kari dgg
2-3 s/b cili mesin
1/2 cawan kerisik
1 keping gula merah (nise)
Garam, gula secukup rasa
1 cawan santan pekat dr sebiji kelapa
4 biji ubi kentang (Liza tambah) - belah 4
Air asam jawa
4 sekawan
Daun pandan
Minyak

- bhn2 brtanda * dimesin halus
- panaskan minyak dan masukkan daun pandan dulu (utk bg kerutup ni wangi)
- bila dah naik bau, masukkan 4 sekawan dan bhn2 yg dimesin.
- masukkan pula rempah2 yg tlh dicampur dgn sedikit air, cili mesin dan air asam jawa
- biar sehingga naik minyak br masukkan dgg,kentang dan santan
- bila dah mendidih, masukkan pula gula melaka dan garam serta perasa (optional)
- biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan kerisik
- sedia dihidang dan boleh la dimamam....







Tuesday, May 5, 2015

Tempahan Kek...alhamdulillah



Alhamdulillah order minggu lepas..



                                     Roll kinder bueno..




Tiramisu utk anniversary..


                                              


Orange butter cake..





Kek birthday utk isteri tersayang..


Kek frozen..


Utk sebarang tempahan kek boleh WA Liza 0192113080...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...