Friday, September 19, 2014

Ayam Goreng Seri Wangi Chef Wan...



 Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua...masih dalam mood bercuti kan, kadang2 tu nak masak pun rasa malas...hihii
Lauk ni sebenarnya dah lama Liza buat cuma tak berkesempatan nak publish je..kalau zaman sebelum jd blogger dulu mmg selalu jugak la Liza masak ayam ni sebab menepati selera family Liza..

Resepi ni Liza ambik dr buku Chef Wan, so pada sesiapa yg berkenan nk cuba buat lauk ni, boleh lah tgk resepi kat bawah ye..



RESEPI AYAM GORENG SERAI WANGI CHEF WAN

Bhn2:

4 keping dada ayam( Liza guna semua bahagian) - potong kecil
2 s/b sos tiram
Garam secukup rasa
1 biji telur - kocok sedikit
3 s/b tepung jagung
- gaulkan ayam dgn bhn2 di atas dan ketepikan sebentar

2 batang serai - hiris halus
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
10 tangkai cili padi - hiris halus
2 s/b rempah tomyam
1/4 cawan air
1 s/t madu
11/2 s/b mayonis
3 helai daun limau purut - hiris halus
Minyak



- goreng ayam hingga kekuningan dan garing, angkat dan toskan..
- panaskan sedikit minyak yang bersih ( Liza guna minyak lebihan ayam td) dan tumiskan bhn2 hiris serta rempah tomyam hingga naik bau..
- masukkan air, madu serta ayam, kacau rata..
- angkat dr api dan tambah mayonis, kacau sebati..
- tabur daun limau purut diatasnya..




Senang kan cara nak masak ayam ni, semua main hiris je..tapi rasanya, insyaallah sedap..


2 comments:

rahel said...

Nampak sedap n menyelerakan ayam seri wangi ni...ada kelainan...bunga kantan tu yg bagi wangi kan...boleh cuba ni...

Gee® said...

SEdapnya... terlior dibuatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...