Wednesday, July 9, 2014

Kuzi Kambing dan Taugeh Goreng..



Jeng jeng jeng...sape pernah makan kuzi kambing angkat tangan...hihii
Sebenarnya ari tu, bila tgk stok kambing ada lagi dlm petiais, terfikir2 jugak nak buat apa dgn kambing ni, nak yg simple, cepat n yg penting mestilah sedap...so, terfikirlah nk cuba buat kuzi kambing ni, dlm hati tertanya2 jugak la, macam mana rasanya kuzi kambing ni, rupa2nya mmg sedap dan tak sia2 buat...
Kalau sebelum ni Liza ada buat kuzi ayam kan, bhn2 lebih kurang sama je..




RESEPI KUZI KAMBING

Bhn2:

500gm kambing - Liza campur isi n tulang
2 biji bwg besar - hiris dan grg *
10 biji bwg merah *
2 ulas bwg pth *
1 inci halia *
1 cawan kismis - grg sekejap
1 cawan tomato sos
2 s/b rempah kuzi + sedikit air - jadikan pes
Rempah 4 sekawan
3 s/b susu pekat
1 cawan air

- rebus kambing hingga empuk, simpan air rebusan utk digunakan nnt..
- blend bhn2 bertanda * hingga lumat.
- panaskan sdkt minyak, tumis rmpah 4 sekawan, bhn2 blend dan rempah kuzi hingga wangi..
- masuk tomato sos, susu pekat dan air rebusan, gaul sebati..
- masukkan daging kambing dan kismis..
- tutup periuk dan kecilkan api dan biarkan ia masak selama 15- 20 minit, biar semua rasa tu sebati...





Liza gorengkan tauge dan tauhu utk padankan dgn kuzi kambing ni..


RESEPI TAUHU DAN TAUGE GORENG

Bhn2:

Taugeh - dibersihkn
Tauhu -potong kiub
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - potong nipis serong
Sedikit minyak
Garam, perasa

- panaskan minyak, masukkan bawang hiris dan cili merah, dan biar hingga naik bau..
- masukkan tauhu, gaulkan sebati, masukkan juga garam dan perasa, gaul lagi..
- akhir masukkan taugeh, gorengkan sebentar dan tutup api..

* boleh juga kalau nak masukkan udang dalam tauge ni ..*




1 comment:

hazila said...

Kat rumah saya kalau kambing hanya dibakar/BBQ. Kalau masak lain, lambat sikit nak laku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...