Sunday, June 8, 2014

Kulat Sisir Goreng Sambal...terangkat beb



Assalamualaikum wbt dan salam di hujung minggu utk semua...mesti ramai yg bercuti kan, almaklumlah cuti sekolah merangkap sebelum Ramadhan, pulun habis habisan la ye...hihii

Kulat sisir ni mmg peberet Liza, pantang jumpa mesti nk beli..kalau zaman dulu2 tak pernah beli pun, balik kampong pergi kutip je kat area kebun getah arwah nenek...tapi sekarang semua tu tinggal kenangan..



Anak2 Liza mmg kurang dgn kulat ni, tak tau lah cmner diaorg rasa..budak2 sekarang mana nak kenal jenis sayur2 kpg cmni kan..
Jom lah kita tgk stail Liza buat sambal kulat sisir ni, resepi dr arwah ma...resepi ni main agak2 ye,ikut selera masing2...



RESEPI KULAT SISIR GORENG SAMBAL
Bhn2

Kulat - bersihkan dan tumbuk kasar
Bwg merah
Bwg pth
Cili mesin
Telur
Garam,srbk perasa
Minyak

- tumbuk bwg merah dan bwg pth hingga lumat.
- panaskan minyak, grg kulat sebentar. hingga kering airnya.
- masukkan bhn tumbuk dan cili kisar, masak hingga naik bau.
- perasakan dgn garam dan srbk perasa.
- pecahkan telur dan gaul sebati.
- bila dh sebati, tutup api dan angkat.


 **Liza rendam dgn air garam dlm 15 minit, bru toskan dan buang segala kotoran yg melekat kat celah2 dia tu....

3 comments:

Cheq Sue said...

allahuakbar...mana dapat kulat sisir ni weh? kita yang dok kg pun tak jumpa... kasi bikin terliur jah ni -_-

rostina76 said...

sedapnye….saya klau goreng skip cili. ni musim hujan mesti ada jual @kg ni.

Unknown said...

Baru beli kulat sisir pagi tadi
Esok baru nak masak
Lama dah tak makan....susah jumpa sekarang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...