Tuesday, May 27, 2014

Paprik Siakap...


Assalamualaikum wbt...hari ni Liza cuma nak share resepi siakap masak paprik...bila masak lauk cmni senang kan, sbb dah ada sayur2an kat dlm tu, tak yah nak masak lebih2 sgt...hihihi dasar M..

Tapi betul, lauk2 simple cmni sebenarnya menyelerakan bagi family Liza, tak tau la bg org lain kan, selera kita mungkin tak sama...




RESEPI PAPRIK SIAKAP

Bhn2:

1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
 
 

Cara-cara


Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
 
Masukkan bawang merah, bwg putih, cili mesin dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
 
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
 
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
  



Memang sedap makan dgn nasi panas2, tambah pulak telur dadar, perghhhh



4 comments:

huda said...

Nice post.. Jemput ke blog saya..
http://hudakassim.blogspot.com/

tun_telani said...

Salam kak liza... sedapnyerr..ikan siakap mmg sedap. tun biasa kukus ngan wat sweet sour, tp papriik pon nmpk sedap juga ni

umi's cup cake said...

kak liza..paprik ni kegemaran suami tapi biasa buat ayam..ikan belum pernah cuba..nanti nak cuba la

Yana Shaiful said...

Salam Kak Liza..

Harus cuba siakap paprik nii..tak pnh fikir plak nk bt paprik..asyik ayam jee..tq ye kak bg idea.. zaasss merempit cr incik siakap ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...