Wednesday, February 5, 2014

Red Velvet Cupcake...



Liza masih menggunakan resepi yg sama dr Anna tokey kek tu...terima kasih banyak2 ye Anna, kek ni dah jadi peberet anak2 Liza...

Yang ni pun dah lama Liza buat, masa majlis bercukur anak buah jiran hujung tahun lepas...apa2 pun jom kita tgk resepi marbeles ni..



RESEPI RED VELVET CUPCAKE

Bhn2:

A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah


E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)


CARA-CARA:


  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
RESEPI KRIM CHEESE :

500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda








3 comments:

umi's cup cake said...

Sedapnya kek ni kak liza...dah lama tak buat...

Qasey Honey said...

tetiba nk g cari RV lak skrg ni..lama dh xbuat..

Unknown said...

Salam Liza.....lama sungguh tak buat kek ni...org sibuk dgn kek yg meleleh cheese tu:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...