Monday, September 2, 2013

Ayam Bakar Simple...



Ayam bakar lg tp kali ni Liza guna bhn2 simple je...sedap jugak bila mkn ayam bakar cmni, bertambah2 selera makan...hihihi, org nk kurangkan mkn, kita pulak terbalik...tak pe la janji bahagia kan...



Sebenarnya bg Liza nak buat ayam panggang atau bakar ni takde lah susah sgt, cuma kena tau bhn2 asas dia, lepas tu suka hati kita lah nak tambah apa pun ikut selera masing2...

RESEPI AYAM BAKAR SIMPLE

Bhn2:

5 keping paha ayam - rebus dgn garam dan halia 1/2 masak ( kalau tak nak rebus pun takpe)
3 batang serai*
1 inci halia*
3 ulas bwg pth*
1/4 s/k jintan manis*
1/4 s/k jintan putih*
1/4 s/k ketumbar*
1/2 s/k lada hitam*
Garam,gula secukup rasa

- blend bhn2 bertanda * hingga lumat.
- perap dgn ayam selama 3 jam atau semalaman..
- panggang 180C selama 30 minit atau sehingga masak..








1 comment:

Sweet red cherry said...

simple tapi Nampak lazat..alahai, lapar la pula perut ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...