Wednesday, July 31, 2013

Sup Tulang Pedas Masam...


Hari tu mmg dah plan nk masak sup tulang ni, lepas tu cari punya cari rupanya serbuk rempah sup dah habis..so Liza try buat guna rempah kurma ala2 sup mamak..alhamdulillah tetap sedap...


RESEPI SUP TULANG PEDAS MASAM

Bhn2:
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok) - Liza guna 1s/b rempah kurma
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 btg serai ( ketuk) - Liza tambah
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya

Cara-cara
Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis.
Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan).
Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan.
Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya.
Setelah masak dan empuk, tutupkan api.
Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
 





Mee Goreng Tauhu....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali, hari ni dah 22 Ramadan 1434H, insyaallah lebih kurang 8 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...rasa macam sekejap je masa berlalu kan, sedar tak sedar dah nak raya, biskut raya tak buat lagi ni, cmner...

Sebenarnya masa dok bertenggek kat dapur Kak Yatie hari tu, liza terberkenan dgn mee grg tauhu ni, sbb yg paling utama kan, Liza dah tak tau cara nk suruh anak2 suka makan tauhu...nak2 budak Yana tu, kalau dipaksa jugak maunya muntah balik...haru biru jadinya...jadi, dgn adanya idea dr Kak Yati ni, Liza dah tak perlu risau dah, sbb mmg dia makan semua tanpa sedar...ala2 Tipah tertipu la...hihihii

Resepi ni sama je macam kita grg mee yg biasa tu, cuma tauhu tu dihancurkan bukan dipotong..mmg tak rasa langsung ke'tauhu'an tu...kalau tak caya cubalah..



RESEPI MEE GORENG TAUHU

Bhn2:

1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
1 cwn udang basah - letak isi ayam
1 cwn fish ball/fish cake
2 keping tauhu- di hancurkan
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
2 sb kicap pekat
1 biji tomato belah 6
taugeh dan sawi secukupnya
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan di kisar
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering-rendam dan toskan- xletak

Cara-cara
  1. Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  3. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
  4. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati.
  5. masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.
  6. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  7. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi. Hidangkan bersama udang goreng.

Tuesday, July 30, 2013

Cream Puff ...



Tu diaaa, cream puff kastard lagi, kali ni Liza guna resepi yg Liza ambik kat dapur Tun, resepi asal dr Zaliana tp Liza tak dapat link dia, so terima kasih pada kedua2nya ye...

RESEPI CREAM PUFF

Bhn2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 

  • Cara2:
     
    1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
    2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer                              
    3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang                             
    4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.Liza pun guna suhu mcm Tun





    Custard Filling:

    Bhn2:

    2 camca besar tepung kastard 
    2 camca besar gula kastor
    1 1/3 cawan susu segar 
    30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla


    Cara2:
    • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
    • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
    • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

    Kuih Ketayap....



    Assalamualaikum wbt semua...orang lain dok sibuk tayang biskut raya, Liza ni masih la dok tayang kuih muih n lauk pauk berbuka...tak pe la kan, biar lambat asal selamat....hihihii

    Dah banyak kali Liza buat kuih ketayap ni, masih menggunakan resepi yg sama ye..jom la kita tgk resepi..



    RESEPI KUIH KETAYAP

    Bhn2 kulit:

    1 cawan tpg gandum
    1 cawan jus air pandan (5 helai daun pandan + 1 cawan air)
    1/2 cawan santan / susu segar / air
    1 biji telur
    Pewarna hijau
    Sedikit garam

    Bhn2 inti :


    ½ biji kelapa parut
    ¼ cawan gula kabung
    ½ cawan gula pasir
    1 helai daun pandan
    ¼ cawan air

    Untuk kulit :
    1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
    2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
    3) Tuangkan sesenduk adunan dan ­lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
    4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemas­. Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.

    Untuk inti:
    1) Gaulkan semua bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
    2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.


    Wednesday, July 24, 2013

    Sosej Roll Bercheese...





    Makanan wajib yg selalu kena buat masa bula pose ni..anak2 suka, nak2 lg kalau tambah cheese..biasa Liza akan buat bnyak dan frozenkan, bila2 nk makan, keluarkan n terus grg, tak payah nk defrost...

    RESEPI SOSEJ ROLL

    Bhn2:

    8 keping roti tawar
    8 sosej ayam @ daging
    1 biji telur - dipukul sedikit
    secubit garam
    sedikit serbuk lada sulah
    breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
    minyak untuk menggoreng
    8 keeping cheddar cheese 

    Cara cara:

    - Gelek roti hingga nipis/leper
    - Balut sosej dan cheese dengan roti yg leper tadi, potong 2 dan gulungkan  
    - Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
    - Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
    - Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan ..




    Karipap Pratha..



    Assalamualaikum wbt...hari ni dah masuk 15 hari kita semua berpuasa..maknanya lebih kurang 15 hari lagi kita akan menyambut Syawal..persiapan Syawal dah settle ke? kalau belum, baik settlekan sekarang, karang kelam kabut tak raya pulak...hihii

    Inti karipap yg buat roti john hari tu pun ada balance lg, dok pikir2 nk buta apa, teringat la kat kulit pratha yg ada dlm freezer tu..last2 keluarkan n letak inti karipap lepas tu bakar je, senang keje...sebab tu Liza namakan karipap pratha...



    RESEPI KARIPAP PRATHA

    Bhn2:

    Kulit pratha secukupnya - Liza potong 2
    Inti karipap secukupnya
    1 biji telur - kocok ( utk sapu)

    - panaskan oven 200C..
    - letak inti atas kulit pratha, kemudian lipat 2.
    - kelim hujung mcm kelim karipap, kalau nk senang guna je garfu n tekan2 tepi tu, janji tak ternganga..
    - sediakan loyang yg dah disapu mentega..susun pratha td atas loyang..
    - ambil telur, sapu sedikit kat atas kulit pratha dan bakar 20-25 minit..



    Tuesday, July 23, 2013

    Best Ever Cucur Udang...



    Assalamualaikum wbt...Liza suka cuba cucur udang pelbagai versi, ada yg guna yis, ada yg guna baking powder dan yg ni pun ada kelainan jugak...apa2 pun rasa cucur udang ni mmg lembut n sedap..

    Terima kasih pada Azie dan Kkida, resepi cucur udang ni Azie amik dr dapur Kkida...sorry ye Kkida, tak boleh nk link kan kat blog akk., tak jumpa..Liza CnP resepi ni dr dapur Azie, mintak halal ye..



    RESEPI BEST EVER CUCUR UDANG

    Bhn2:

    2 cawan tepung gandum
    1/4 sudu teh baking soda
    1 cawan udang kecil putih
    3/4 cawan bawang besar putih - cincang
    1 biji cili merah - cincang
    1 cawan daun kucai - cincang
    3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen - xletak sbb xde stok
    2 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula
    1 sudu kecil kunyit 
    1 biji telur - Liza tambah

    1/2 cawan air panas thermos
    1 1/2 cawan air biasa
    1/2 cawan gandum (extra)

    Cara cara:
    Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan digaul rata.
     
    Masukkan air panas dan diikuti air sejuk sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata. Jika terlembik, masukkan lagi 1/2 cawan tepung gandum extra sedikit sedikit dan gaul hingga betul betul sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum digoreng. 

    Panaskan minyak dalam dalam kuali dan sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.

    Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja. 

    Nota:
    Jika takda udang kecil putih udang sederhana besar ni pun boleh. Hanya gunting ekor dan muncung tajamnya, kemudian potong dua udang tu. Jika guna udang kecil putih, tak payah buang ekor dan kepala, hanya bersihkan dan terus campurkan ke dalam tepung.



    Monday, July 22, 2013

    Moist Banana Brownies....



    Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua..resepi  moist banana brownies ni dr Kak Fida, mmg lembut dan rasa lemak manis pisang tu mmg best, wangiii je...



    RESEPI MOIST BANANA BROWNIES

    Bhn2: ( Loyang 10 x 7 inci / 8 x 8 inci)
  • BAHAN A :-
  • 100 g coklat masakan
  • 75 g mentega
  •              
  • BAHAN B :-
  • 200 g pisang lecek
  • 60 g gula perang
  • 1/4 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • BAHAN C :-
  • 75 g tepung gandum
  • 2 sb serbuk koko
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder
  • BAHAN TABURAN :- (OPT)
  • choc. chips
  • kacang walnut - cincang kasar
  • Cara-cara

    1. Masak bahan A hingga cair cara double-boiling hingga cair dan sejukkan.Campurkan dengan bahan B dan gaul rata.                
                             
    2. Ayak bahan C dan masukkan ke dalam campuran A dan B dan gaul rata lagi.                
                             
    3. Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris dan tabur bahan taburan jika suka.
    4. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20-25 min.Sejukkan brownies,potong dan hidangkan.

    Nasi Ayam Istimewa...




    Liza mmg suka sgt buat nasi ayam sbb bg Liza nasi ni sedap dan senang nak buat...family Liza pun suka...kali ni Liza try nasi ayam istimewa dr dapur Azie, thnx bnyak2 ye Azie...sebenarnya resepi nasi ayam ni lebih kurang dgn nasi ayam yg Liza pernah buat sebelum ni, cuma bhn perapan ayam sblm ni Liza tak gunakan minyak bijan...dua2 pun sedap pada selera kitaorg...Alhamdulillah

    RESEPI NASI AYAM ISTIMEWA

    Bhn2:

    Untuk rebus 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
    2 ulas bawang putih
    2 cm halia yg diketuk

    Untuk perap
    1 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar sos tiram
    1 cm halia
    2 ulas bawang putih
    Sedikit kicap cair

    Sedikit minyak bijan
    4 s/b madu - Liza tambah

    Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.




    Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
    Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  - Liza panggang skjp..


    Untuk nasi:

    5 cawan beras
    3 sudu besar butter
    1 cm halia - ditumbuk
    4 ulas bawang putih – ditumbuk
    air rebusan ayam secukupnya
    Sedikit garam
    1 bunga lawang
    2 buah pelaga
    1 kayu manis
    1 batang serai – ketuk
    2 helai daun pandan
    Pewarna kuning- Liza xletak, pewarna dh habis daa
    Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
    Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa
     
     

    Untuk sos
    5 biji cili merah
    5 ulas bawang putih
    2 cm halia
    1 sudu teh cuka

    1 sudu teh garam 
    1 sudu teh gula
    1/2 cawan air rebusan ayam


    Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

    Puding Coklat Salju...



    Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa kan..ada yg dah start mengukis ke? thn ni bnyak pulak request dr anak2 suruh buat biskut tu la, biskut ni la..haisssh, diaorang tak tau ke umi diaorang ni terlebih rajin nk mengukis...tapi insyaallah demi anak2 tersayang, umi akan buat jugak cuma tak tau bila la...hihihi

    Berbalik pada pudding coklat salju ni kan, anak2 mmg suka sgt sbb masuk mulut je terus telan, hiihihhi lembut bebenor...sape yg tak pernah buat lg cubalah buat resepi dr Kak Fida ni...mmg terbaekkk la...



    Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx kak..

    RESEPI PUDING COKLAT SALJU

    Bhn2:
  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu
  • Cara-cara

    1. Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
    2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.                
                             
    3. Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.                
                             
    4. **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
    5. ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)                
                             
    6. ***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil...puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko...



    Thursday, July 18, 2013

    Mini Roti John...


    Liza mmg selalu buat roti john guna inti karipap sbb bg Liza rasa dia lg umpphhh...apa2 pun terpulang pada citarasa masing2 kan..family Liza mmg suka cmni..



    RESEPI MINI ROTI JOHN

    Bhn2 inti karipap bonda:
    200 gm ayam @ daging - potong kecil2
    500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
    5 ulas bwg merah *
    1 ulas bwg pth *
    1 cm halia *
    Cili mesin - 2 s/besar
    Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
    1 labu bwg besar - potong dadu
    Daun sup - hiris nipis
    Garam, gula dan serbuk perasa
    Minyak utk menumis
    Air

    - tumbuk lumat bhn bertanda *.
    - campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
    - panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
    - masukkan ayam / daging dan sdkt air .
    - bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
    - masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
    - bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
    - gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
    - sejukkan dan sedia digunakan.
    - sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
    - blh jugak disimpan dlm fridge utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna..



    Bhn2 lain:
    Roti hotdog - belah 2
    Telur secukupnya - dikocok
    Inti karipap
    Sedikit butter

    - satukan telur kocok dgn inti karipap yg diperlukan.
    - panaskan butter, letak telur + inti karipap td secara memanjang ( ikut bentuk roti) dan terus letak roti hotdog diatasnya..
    - masak hingga telur + inti masak dan roti sedikit garing, balikkan..
    - bakar sekejap shj dibhgn luar..
    - angkat dan sedia dihidang..
    * blh jugak dipicit mayonis atau sos cili atau sos blackpepper..tp Liza suka mkn cmtu je, dah cukup rasa...





    Rendang Nangka dan Ayam...




    Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua kengkawan yg beragama Islam...pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 9 hari kita berpuasa kan...Alhamdulillah

    Sebenarnya Liza ni mmg hantu nangka muda, tak tau lah kenapa, sampai adik Liza pun tau, kalau nmpak je nangka muda kompem Liza akan beli...dah tak ambil peduli dah sape2 yg tak nak makan tu..ihhihii, biasanya anak2 la yg akan buat muka..alaa sesekali kenalah makan jugak lauk kampung cmni, kena rasa.. tulah alasan yg selalu Liza bg pada anak2 suruh diaorg makan, bknnya apa, takut besok2 bila tgk sayur2 atau lauk2 kpg, langsung tak tau cmner rasa dia kan, lepas tu pupus cmtu je...mana boleh cmtu..



    Rendang ni mcm rendang biasa je cuma tambah nangka muda..jom kita tgk resepi ye..

    RESEPI RENDANG NANGKA DAN AYAM

    Bhn2:

    250gm nangka muda - bersihkan
    2 keping dada ayam - potong kecil
    2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
    1/2 cawan kerisik
    2 helai daun kunyit - hiris halus
    2 keping asam gelugor
    1 keping kecil nise/ gula melaka
    Garam secukup rasa


    Bahan B (Dikisar):

    10 biji bawang merah
    5 batang serai
    3 inci halia
    1 1/2 inci lengkuas
    1 inci kunyit hidup
    20 tangkai cili kering

     
    Cara Memasak:-

    Rebus nangka muda dan sedikit garam hingga empuk, toskan..
    Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, nangka muda rebus, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali dan kacau atas api perlahan.
    Bila dah mendidih, masukkan nangka muda yg telah direbus,garam, nise/gula melaka dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
    Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
    Bila dah seimbang rasanya, tutup api..
    Dah pun siap, boleh mamam...




    Wednesday, July 17, 2013

    Pai Ayam Melbourne....




    First time buat pai ayam ni, kes terliur dok tengok kat dapur Azie, mmg best..angah mmg suka la yg creamy cmni...Azie bgtau resepi ni dr penyanyi Nora yg comel lote lepas bertudung tu...



    Terima kasih azie sbb sudi panjangkan resepi ni, Liza minta izin share kat sini pulak ye, thnx semua...tapi pai Liza tak cantik, almaklumlah kerastangan...hihihii

    RESEPI PAI AYAM MELBOURNE

    Bhn2:
    Untuk inti pai (filling):
    1 cawam isi ayam- hiris nipis
    1 cawan cendawan butang- hiris nipis
    1 tin sup cendawan butang Campbell
    1 tin (kecil) kacang pis
    1 biji bawang besar- potong dadu 
    1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
    1 sb lada sulah
    2 sb mentega/minyak zaitun
    1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
    Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

    Untuk pastri :
    100g tepung gandum
    50g mentega
    secubit garam
    2 cmb air

    Saya guna:Liza pun guna pratha je..
    Kulit roti pratha jenama kawan

    Cara cara:
    Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.

    Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah.  Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan  ketepikan seketika.

    Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu.  Bakar selama 5-6 minit. 

    Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.

    Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.

    Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.

    Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.





    Gulai Kawah Kambing....



    Assalamualaikum wbt...apa plan bukak puasa ptg nnt? pening kan bila fikir nk masak buka dan sahur ngn apa...kalau kat umah ni kakak n adik tak suka bersahur dgn nasi, tp papa nk yg heavy...angah ok je apa2 pun..tu yg susah sbb macam2 selera ada...tp biasanya Liza masak ikut selera anak2 janji menepati jugak selera papa, tak larat la nk masak bnyk2 jenis, sape nak perabis...



    Kali ni Liza buat lagi gulai kawah ni, kali ni guna kambing pulak..ye la dah musim mengawah la pulak...hihihi
    Sedap jugak rupanya, rasa dia macam kari kambing kt kedai mamak pun ada...jom kita tgk resepi sekali lg ye..

    RESEPI GULAI KAWAH KAMBING

    Bhn2:
    1 kg daging betis + tulang - bersihkan kali ni guna dgg kambing
    3 biji ubi kentang - potong 4
    11/2 inci halia *
    6 ulas bwg merah *
    2 ulas bwg pth*
    1 inci lengkuas - ketuk sikit
    4-5 s/b cili mesin - terpulang pada kepedasan yg kita nak
    3s/b rmpah gulai kawah
    2 s/b kerisek
    1 keping nise/ gula melaka
    1 s/b BUDU
    Garam, gula secukup rasa
    Santan secukupnya
    Sdkt air asam jawa
    - halia, bwg merah dan bwg putih dihiris nipis..
    - masukkan bhn2 hiris, lengkuas, santan, daging, cili mesin, rempah gulai kawah dan air asam jawa..
    - masak hingga mendidih dan masukkan budu, nise, garam, gula, ubi kentang dan kerisek..
    - biarkan kuah mendidih sehingga kentang dan dgg empuk serta kuah mulai pekat dgn api sederhana..
    - sedia dihidang dgn nasi atau roti jala atau roti canai atau suka hati je la nk cicah ngn apa2 pun..



    Tuesday, July 16, 2013

    Heavenly Milo N Oreo Jelly / Agar Agar Milo Lapis Oreo....


    Dah lama sgt nk try resepi ni, tp tiap kali beli biskut oreo cnfrm habis..hihihi
    Kali ni Liza beli lepas tu sorok, baru la dapat buat puding ni...hubby ngn anak2 puji puding ni, best sgt, komen dr diaorg...terima kasih Along Roz atas resepi yg marbeles ni...Alhamdulillah dapat jugak Liza merasa...hihihi



    Tapi lapisan milo yg Liza buat tu tak sama tebal, tu la kenapa tak ikut arahan betul2, padan muka...apa2pun puding ni mmg sedap, kalau nk tau kenalah cuba buat ye...

    RESEPI AGAR2 MILO LAPIS OREO

    Bhn2:
    1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
    750ml air
    160gm gula - Liza guna 130gm
    1 tin ( 400gm) susu cair
    3/4 cawan serbuk milo
    1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis

    - masak agar agar dan air hingga larut.
    - masuk gula dan masak hingga gula larut.
    - masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
    - asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
    - tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    - bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
    - tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..
     


    TIPS UNTUK MELAPIS:
    -  Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
    -  Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik



    Ayam Bakar Manis dan Pedas Ala Q....



    Assalamualaikum wbt dan bertemu lagi kita pada 7 Ramadan 1434H, bermakna hari ni genaplah seminggu kita semua berpuasa..Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan yg baik...

    Sebenarnya bila time bulan puasa ni, mmg kadang2 kita nak masak yg spesel sikit dr hari2 yg lain kan, tp kadang2 kita kebuntuan, sama la dgn Liza, kalau tanya hubby ngn anak2, diaorang akan bg jawapan yg sama, suka hati umi lah nk masak apa pun...uwaaaa, mmg nk nangis rasanya...dah la kita ni tak tau nk masak apa, diaorg pulak bg jawapan yg tak membantu lsg, sedihhh...hihihii

    Tapi alhamdulillah hubby ngn anak2 mmg tak cerewet, apa pun yg Liza masak diaorg akan masak termasuklah Yana budak kecik tu..walaupun baru belajar berpuasa, tp dia tetap mkn cm biasa, cuma dalam bab air utk berbuka mmg dia akan tentukan nk berbuka dgn air apa....hihihii ikut je la, janji dia nk berpuasa kan..


    Panjang pulak bebel hari ni, jom kita berbalik pada resepi ayam bakar manis ni, Liza ambik resepi ni kat dapur Queenie, hari tu makan dgn nasi kerabu biru, mmg ngam.. terima kasih Q ye..

    RESEPI AYAM BAKAR MANIS DAN PEDAS ALA Q

    Bhn2:

    7 keping ayam - bersihkan
    1 s/k serbuk ketumbar
    1s/k serbuk jintan manis
    1s/k serbuk jintan putih
    1s/k chilli flake / serbuk cili / serbuk lada hitam
    1s/k serbuk kunyit
    Garam
    3 ulas bawang pth - tumbuk
    1/2 inci halia - tumbuk
    2-3 s/b brown sugar / madu
    3 s/b minyak masak
    1s/k jus limau nipis

    - satukan semua bhn dan lumur ayam..
    - perap selama 1-2 jam / semalaman.
    - panaskan oven 180C dan bakar ayam 30 minit..balikkan ayam masa 15 minit pertama..







    Monday, July 15, 2013

    Puding Permata Sagu Gula Melaka...




    Memang dah lama sgt nk rasa puding sagu gula melaka ni dan akhirnya tercapai jugak impian..rasa dia ala2 cendol bila makan sejuk2, ye la kan dgn gabungan santan dan gula melaka tu mmg terbaik lah...

    Liza amik resepi ni dr dapur Raihana , Liza mmg kagum sgt dgn rRi ni, walaupun muda dan masih belajar tapi rajin memasak. siap ambik order lagi utk kawan2 yg sama2 belajar kat Moscow...mgkn sekarang ni Rai dah pun bergelar doktor, tahniah ye Rai...


    RESEPI PUDING PERMATA SAGU GULA MELAKA

    Bhn2:
    Sagu merah:

    2 cawan sagu
    6 cawan air
    1/2 cawan gula pasir
    Beberapa titik sirap ros

    - masak sagu dgn air hingga masak, masukkan sirap dan gula pasir..
    - gaul sebati hingga gula hancur.
    - angkat dan masukkan ke dlm loyang, sejukkan..

    Santan Lemak Manis:

    3 cawan santan
    Sedikit garam
    Daun pandan
    - masak dgn api sederhana, sentiasa dikacau..
    - sejukkan dlm petiais..

    Sirap Gula Melaka:

    2-3 ketul gula melaka/ nise
    1 cawan air
    Daun pandan
    - masak air gula hingga pekat dan likat, tapis..
    - sejukkan dlm petiais..

    Cara menyediakan :

    - potong sagu ikut suka, masukkan ke dlm bekas atau mangkuk, letak santan lemak manis dan tuang sirap gula melaka..
    - sedia dihidang, walllaaaa...


    Onde Onde / Buah Melaka....


     
     
    Assalamualaikum wbt...berbuka puasa dgn apa hari ni? sebenarnya mmg dah lama sgt Liza tak buat onde onde ni, malas nk menggentel...hihihii
     
     
    Tapi, bila time bulan puasa ni tetiba je rajin,,hahaha puji diri sendiri..adunan kuih ni Liza main agak2 je ye, senang je...
     
    RESEPI ONDE ONDE / BUAH MELAKA
     
    Bhn2:
     
    Tepung pulut secukupnya
    Air pandan
    Pewarna hijau
    - gaul sebati tp jgn terlalu lembik

    Gula melaka - racik halus
    Kelapa pth
    Garam
    - masukkan gula melaka kedlm tpg td dan masukkan kedlm air mendidih.
    - bila kuih terapung maknanya kuih dh masak dan blh la diangkat..
    - gaulkan dgn kelapa yg tlh dicampurkan garam..
    - sedia utk dihidang..
     
    
     
     
     
     
     
     

    Thursday, July 11, 2013

    Bun Manis Chef Noraini....


    Dah banyak sgt resepi roti yg Liza dh try, jadi utk memudahkan diri sendiri, terpaksa letak nama tuan empunya dibelakang resepi tu..lain kali senang nk cari...

    Kali ni Liza buat basic sweet dough guna resepi dr Chef Noraini, dah pernah buat dulu...thnx ye chef, roti ni mmg lembut sgt..kali ni Liza buat 2 versi, sosej bun dan satu lg inti krim coklat...jom kita tgk resepi ye...



    RESEPI BUN MANIS CHEF NORAINI

    Bhn2:
    400 gm tepung roti
    100 gm tepung superfine (kek)
    100 gm gula kastor
    5 gm garam
    20 gm susu tepung
    1/4 sudu teh bread improver
    1 biji telur B, dipukul
    1 peket (11 gm) yis segera Mauripan
    40 gm shortening
    250 gm air

    Cara Membuatnya :
    1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung, bread improver dan yis. Gaul rata.
    2. Buatkan lubang di tengah dan tuangkan telur dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar.
    3. Masukkan shortening dan gaul/pukul lagi hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Jika guna mesin 10- 15 minit. Pakai tangan 20 minit. Doh yang cukup elok diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai.
    4. Masukkan dalam bekas besar dan biarkan ia mengembang selama 45 minit dan naik 2 kali ganda.
    5. Tumbuk doh bagi membuang anginnya dan uli sebentar ke bentuk asal.
    6. Timbang doh seberat 60 gm dan bentukkan. Boleh juga diletakkan inti di tengahnya.
    7. Susun dalam dulang pembakar dan biarkan ia naik 30 minit lagi . Masa bergantung kepada suhu bilik. Ia perlukan suhu 35 - 40 darjah celcius untuk naik dengan elok.
    8. Gliskan dengan campuran telur dan air susu .
    9. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit hingga masak.




    Kung Pao Chicken / Ayam Gajus...



    Satu lagi lauk yg memang jadi peberet family Liza, puas hati bila buat sendiri sbb kalau order kat kedai, macam2 komen, ayam sikit la, tak sedap la,  mcm2 komen keluar dr mulut juri...hihihi



    Buat lauk ni kalau time sahur pun gerenti laku..makan pulak dgn nasi panas2..

    RESEPI KUNG PAO CHICKEN/ AYAM GAJUS

    Bhn2:

    Bhn A:

  • 600 gm ayam
  • tepung jagung
  • garam
  • Bahan B
  • 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
  • 3 sdm sos tiram
  • 2 sdm cili sos
  • 1/4 cwn air
  • minyak utk menumis
  • garam-jika perlu
  • 2 inci halia - ditumbuk halus



  • - Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
    - Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
    - Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
    - Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
    - Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
    - Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...