Wednesday, June 12, 2013

Kuih Lopes...



Assalamualaikum wbt...kali ni try buat kuih lopes pulak, kuih peberet hubby ngn anak2...sebenarnya Liza mmg takut nk buat kuih ni, takut tak menjadi...

Alhamdulillah lepas betul2 confident dan ada kerajinan, maka terjadilah kuih lopes ni...at least lepas la utk mkn bukak pose nnt kan, tak yah beli dah...ihhihi



Resepi ni Liza amik dr MyR, hasil air tangan Tulip77, thnx ye sbb mmg menjadi dan sedap sgt kuih ni...pada yg belum pernah buat kuih ni, apa kata sekarang jugak g buat...hihihi

RESEPI KUIH LOPES

Bhn2:
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • Cara-cara

    1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula



    5 comments:

    adda syuhada said...

    sedappnya!!!

    Amie said...

    kuih lopes memang sedap... saya pun suka!

    Nadz Nazharzan said...

    Sedapnyaaaaa..Kuih lopes yg bewarna hijau nan comel tu.. Makan pula dgn gula merah atau gula melaka...nyummm...

    ieja amieja said...

    kesukaan ank2 saya ni..x kira kue apa asal warna hijau..hhaha

    rahel said...

    Kalau yg berkenaan dengan pulutdan kelapa,kita memang suka banget....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...