Monday, June 10, 2013

Karipap Rangup Ros...

 
Liza rasa mmg ramai yg dah buat karipap Ros ni kan, so Liza pun tak nak ketinggalan utk menery, siap buat frozen lg...terima kasih la Ros ye..tapi Liza buat tak cantik macam karipap org lain...hhihii
 

RESEPI KARIPAP RANGUP ROS

Bhn2:

Pastri Rapuh:

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam


Inti Keledek:

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)- guna ayam
2 sudu besar udang kering - Liza xletak
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim

1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan




Nota dr Ros:
Ros selalu buat banyak-banyak dan frozen kan, cara ros frozen kan macam ni, goreng  karipap tu semua, tapi kejap jelah, mcm dah perang sikit je, pastu angkat dan sejukkan, kemudian baru ros frozenkan, cara ni untuk matikan minyak dalam karipap tu, karipap akan tahan lama dan apabila di goreng semula akan kekal rangup.
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...