Friday, March 1, 2013

Sotong Rebus...



Sebenarnya Liza tak pasti org luar mkn tak lauk cmni sbb biasa kat Kelantan je jumpa sotong masak cmni...jujurnya Liza mmg tak suka lauk ni, tapi hubby ngan anak2 cukup berselera kalau Liza masak lauk ni...tiap kali masak lauk ni kan, Liza rela tak makan nasi, ala2 diet...hihihii

Biasanya sotong yg ada telur mmg sedap kalau masak cmni..dia jadi hitam sbb dakwat dia tu kita tak buang, lg hitam dakwat dia, maknanya lg hitam la kuah sotong tu..pada yg nak merasa sotong masak simple cmni, jom la tgk bhn2..

RESEPI SOTONG REBUS

Bhn2:

500gm sotong - bersihkan tp jgn buang dakwat sotong
5 biji bawang merah *
1/2 inci halia *
2 btg serai - ketuk
1 keping nise
Garam, gula
Air secukupnya

- tumbuk bhn bertanda * hingga lumat.
- masukkan semua bhn ke dlm periuk dan masak hingga mendidih dan sotong masak.
- bila rasa dah ok, tutup api la...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...