Sunday, February 17, 2013

Ayam Goreng Bersos BBQ....sedapnyaaa



Resepi ayam yg gerenti tak nyesal kalau buat...anak2 Lzia cakap mcm chicken chop pulak...hihihii, mana taknya Lzia tambahkan lg sikit lada hitam tumbuk dlm tu..kuah pun Liza lebihkan sbb hubby ngn anak2 mmg suka berkuah cmni...

Resepi marbeles ni dr dapur Diana la, kat situ mmg bnyak resepi ayam yg best2...tp kali ni Liza derhala sikit sbb tak perap dulu ayam tu




RESEPI AYAM GORENG BERSOS BBQ

Bhn2:

1 ekor ayam ( 1.4 - 1.5 kg ) _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil ( Liza guna isi ayam potong kecil)

1 biji bawang bombay _ dihiris kasar

2 ulas bawang putih _ dicincang

1 1/2 cawan Sos BBQ Special

Minyak untuk menumis dan menggoreng

Daun sup atau daun ketumbar hiris untuk hiasan jika suka


 
 

Bahan² Perap - Liza xbuat

1 tsp kicap cair Loon Kee

1 tsp Maggi seasoning

1 tsp serbuk lada hitam
 
1 tsp perencah pati ayam Tumix

2 tsp daun basil kering cincang
 
4 tbsp tepung jagung

2 biji kuning telur

1 tbsp gula

Garam secukup rasa

Cara²

Campurkan ayam bersama bahan² perap dan perap ayam

selama 30 minit.

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga

masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak dan

tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.

Kemudian masukkan ayam goreng dan Special BBQ Sos.

Gaul rata dan masak seketika.

Tutupkan api dan angkat.

Taburkan hirisan daun sup / ketumbar jika suka.

Hidang bersama nasi putih panas.

1 comment:

Amie said...

Hai Liza...
Kak Amie datang awal ni nak tumpang semulut ayam goreng sos bbq yang sedap tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...