Monday, February 4, 2013

Ayam Bakar Ala Sate Kak Tie....


Sebenarnya ayam bakar ala sate ni mmg sinonim dgn family Liza sbb SIL mmg pakar buat ayam ni...arwah ma dgn abah pun mmg suka, pendek kata setiap kali family kitaorg berkumpul, ni lah menu yg Kak Tie akan buat, dan tukang bakar dia pulak kompem la abg Liza, pendekata pasangan yg sepadan la, srg tukang perap, srg lg tukang bakar...hihihii

Masa diaorg dtg sini dulu pun, kitaorg bakar jugak ayam ni utk bawak g picnic kat air terjun..Kak Tie siap bawak semua bhn2 utk perap ayam tu dr Kelate lg...kelako pulok rasa, sampai Liza cakap kat dia, macam la kat KL ni xde bhn2 tu semua...hihihhii

Hari tu Liza buat lg ayam ni utk mkn dgn nasi impit, tp bakar dlm oven je, malas nk berasap pg2 buta....hihii ( dasar pemalas)..kalau bakar dgn arang lg sedap ye, cubalah..

RESEPI AYAM BAKAR ALA SATE KAK TIE

Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkn
Serai 8- 10 btg *
2 inci halia *
2 inci kunyit hidup *
5-6 biji bawang pth *
1 s/b jintan manis serbuk
1 s/b jintan pth serbuk
Garam dan perasa secukup rasa
2 keping nise / gula melaka *

- blend halus semua bhn bertanda *.
- tuang bhn blend kedlm ayam, masukkan juga kedua jenis jintan, garam, perasa dan perap semalaman.
- bakar di atas bara api hingga masak atau guna oven 180 C, 45 min - 1 jam..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...