Thursday, September 1, 2011

Ketupat Daun Palas Perantau...

Ketupat ni menu 1st Syawal ari tu...dah lama tak buat ketupat ni..dulu selalu jugak tolong arwah ma bungkus ketupat ni, tp semenjak arwah takde, raya pun rasa macam hambar dan takde makna lagi...tp bak kata org hidup perlu diteruskan...alhamdulillah hasil menolong arwah dulu. dapat lah jugak Liza buat ketupat ni untuk hidangan keluarga..walaupun tak sehebat sifu, tp still boleh diterima....hehehe..meh kita tgk step buat ketupat daun palas ni..

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS

Bhn2:

2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut selama 20-30 minit. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan yg telah dimasak dgn garam dan gula.. Kacau rata. Kukus sekali lg hingga betul2 masak dlm 30 minit lagi..

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.



             Step 1 : Pulut yg telah dikukus, digaul dgn santan pekat dan sedikit garam dan gula..


Step 2 : Masukkan pulut td ke dalam daun palas dan bungkus dgn kemas hingga membentuk segitiga..Pastikan ia dibungkus dgn kemas agar tiada pulut yg terkeluar bila direbus nnt..



Step 3 : Ketupat daun palas yg telah sedia utk direbus..Air rebusan mestilah 1/2 atau kurang dr paras ketupat..


Step 4 : Ketupat yg dah siap direbus dan sedia dinikmati bersama rendang daging atau ayam atau serunding...





2 comments:

Cheq Sue said...

Salam lebaran liza... aduhhhhh sedapnya ketupat. nasib baik ada bawak balik... dok kg sampai 2 kg kena bungkus...alamakkk

Liza said...

fuhhh...kena bungkus sampai 2 kilo,blh pengsan camni...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...