Tuesday, September 27, 2011

Gulai Lemak Telur Itik Tok Wee...hihihi

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia semua...arini nak share lauk yg entah bila buat, tuan sendiri pun dah hilang ingatan..mana taknya bnyak sgt n3 yg tertangguh..lauk ni peberet angah,pantang nampak gulai ni, cnfrm bertmbah dia mkn..walaupun resepi ni bg Liza semua org tau buat, tp Liza nak tempek jugak utk rujukan anak2 esp angah dmasa akan dtg...



GULAI LEMAK TELUR ITIK

Bhn2

5 biji telur itik
Santan dr sebiji kelapa
1 sudu mkn cili mesin
4 ulas bwg merah*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
Sehiris nipis lengkuas*
1/2 s/teh biji ketumbar*
Garam, serbuk perasa

- tumbuk semua bhn tg bertanda * hingga lumat.
- masukkan ke dlm santan.
- masukkan juga cili mesin.
- masak semua bhn di atas hingga mendidih.
- pecahkan telur sebiji2, tp INGAT jgn dikacau.
- perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
- perlahankan api dan biarkan telur masak.
- sedia dihidang..



Ari tu masak lemak ni bersama pasangan sehati berdansanya..pucuk paku grg kicap..sesekali mkn cara kampung cmni mmg best..tambah pulak dgn sambal belacan ngan ikan grg...perggghhh mmg xhengat dah jerawat kat muka ni...hiihihii

Monday, September 26, 2011

Makaroni Bakar


Ni la rupa makaroni bakar yg buat ari tu...Liza mmg selalu guna resepi ni sbb bg Liza ia cukup mudah disediakan dan tak perlukan telur yg bnyak..yg paling penting makaroni mmg best..jom kita terus tgk resepi yer..oh ye, resepi ni Liza amik dr Rasa Ogos 2006...mak oooooiiii lamanya...hihihi..pepun terima kasih pada penyumbang resepi yg marbeles ni..


MAKARONI  BAKAR

Bhn2

300 gm makaroni - rebus hingga empuk
250 gm daging cincang
4 biji telur - pukul hingga kembang (Liza blend jer )
3 sudu mkn rempah kari dgg
3 sudu mkn cili kisar - Liza tambah
2 labu bwg besar - cincang
1 tin susu cair
1 cwn air
sdkt keju parut utk tabur - xletak sbb xde stok
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

- panaskan minyak dan tumis bwg bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau.
- masukkan dgg dan kacau rata hingga dgg masak.
   selepas tu, masukkan susu, garam dan gula secukup rata.
- masukkan makaroni, air dan kacau hingga mendidih.
- kemudian tuangkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu minyak.
- tuangkan telur dan tabur keju.
- bakar 180 C selama 45 minit.
- sejukkan dan sedia dinikmati..

Puding Koktel lagiii...



Assalamualaikum dan salam ceria semua...dalam lebih kurang 2 hari lg berakhirlah Syawal..laaa raya dh nak abis ke? cepat betul masa berlalu...ari tu Liza buat puding ni utk member yg nk dtg menziarah..dia col pulak last minute, jd kepala ni dok ligat berpusing nak masak ape utk diaorg anak beranak nnt, takkan nak angkat biskut raya je..dah la dtg umah pun sthn sekali kan..jadi dapat la idea utk buat makaroni bakar ngan koktel ni..jadi la kan, lagipun diarg dtg mlm lepas dinner...puding koktel ni cam biasa la Liza buat..kalau nk tgk resepi klik kat SINI yer..




Thursday, September 22, 2011

Pulut Sardin Ikan Kering..

Menu yg menjadi peberet family Liza..mmg dr dulu arwah ma selalu jugak buat pulut ni utk breakfast kitaorg.. tp sekarang anak dia dh derhaka sikit sbb buat pulut sardin ni utk lunch...hahahaha...ye la kan bila selalu sgt masak ni, kdg2 sampai dh habis idea...kalau tanya anak2 ngan papa pulak, jawapan diaorg 'suka hati umi la'..masaalahnya kita ni tanya sbb otak dh jem..aleh2 tu yg diaorg jawab..huuuiisshh nyampah betoiii...hhhihi..pulut ni ramai yg dh tau nak buat cmner kan, tp ramai tak yg pernah mkn ngan sardin?kalau tak pernah, cubalah..mmg terangkat beb..


Masak pulut ni Liza selalu main agak2 jer..xpandai nk bg sukatan...yg Liza ingat pesanan arwah ma, pulut ni masak xsama dgn nasi..masak pulut air kena kurangkan sikit sbb pulut ni senang lembik..sardin pulak mst semua dh tau nk masak cmner kan...ikan kering tu pulak kena grg yer, jgn mkn mentah2 cmtu pulak...kes naya tu..





Tuesday, September 20, 2011

Puding Aiskrim Coklat..walllaaaa


Yeeehaaaa...inilah puding peberet anak2..walaupun bru pes time buat,tp mmg puas hati sesangat...anak2 mkn berulang2 sampai habis...letih masak pun hilang bila tgk anak2 berselera sekali mkn...resepi ni hasil dr jejalan kat umah Izah...thanx yer...Liza CnP kat sini pulak..

                                                    PUDING AISKRIM COKLAT

                                                                      Bahan2

2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu] *izah guna serbuk-Liza pun guna serbuk

5 cawan air

1 cawan gula

1 tin susu cair

2 s/b tepung jagung

2 cawan aiskrim keladi *izah guna perasa coklat n strawberi-Liza guna perasa coklat jer

pewarna purple *izah tak letak pewarne-Liza letak pewarna coklat

hiasan..sebarang pilihan



Cara

1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.

2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.

3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.

4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.

5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.

6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.

7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.

8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.

9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.

10. Hidangkan sejuk.

                                                               mmmmm...sedapnya

Siakap Goreng Cili Padi...

Kat umah ni kalau masak yg pedas2, mmg cepat la licin pinggan...tp kena control sikit pedas tu coz kesian kat adik yg kecik tu..kalau nak jugak makan cili padi, biasanya Liza hiris jer cili tu, so sape2 yg nak xtra pedas blh la gigit cili tu...cnfrm berasap telinga...hiihihi..kalau beli ikan siakap  biasanya Liza akan bakar sambal @ grg2 yg berkuah sikit mcm ni...jom tgk resepi ok..

SIAKAP GORENG CILI PADI

Bhn2

Ikan siakap @  apa2 jenis ikan yg digemari - gaul dgn garam dan grg hingga garing
Bwg pth - kisar halus
Bwg besar - kisar halus
Cili mesin
Cili api/padi - potong halus @ mesin halus
Minyak
Gula
Cuka - sdkt
Perasa

- panaskan minyak dan tumis bhn2 kisar dan cili mesin hingga naik bau
- masukkan cili padi, cuka, gula dan perasa..
- masukkan ikan yg telah digoreng dan gaul rata @ curah atas ikan..

* garam tak perlu dimasukkan sbb ikan dh masin..


                                                           Jemput makan semua...

Monday, September 19, 2011

Spagetti Bolognese ala Melayu...


Ni salah satu dr n3 yg tertangguh sejak kebelakangan ni...menu ni buat lunch sebelum angah UPSR lagi...bil angah dah habis exam bru la sempat nak tempek kat blog ni..resepi ni Liza buat ikut tekak dan citarasa family Liza..kalau nak ikut resepi yg asal, spagetti ni rasa masam2, tp Liza olah ikut tekak Melayu, mesti la rasa pedas, br ummmppphhhh....


SPAGETTI BOLOGNESE ala MELAYU

Bhn2

Spagetti - direbus hingga lembut
2 ulas bwg pth - dikisar
2 ulas bwg besar - dikisar
2 biji buah tomato - dikisar
Cili api - dikisar
Cili mesin
1 tin kecil tomato puri
1 botol sos tomato
1 paket sosej- dihiris nipis
1/2 tin cendawan - dihiris nipis
Sayur campur
1/2 paket ayam kisar
Minyak
Gula
Garam , perasa

- tumis bhn kisar dan cili mesin hingga naik bau
- masukkan dgg ayam kisar, sos tomato dan tomato puri
- masukkan juga sosej, cendawan yg dihiris dan sayur campur
- perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa
- bila dh siap hidangkan dgn spagetti yg telah direbus tadi..
- dah siap


                                         Kalau dapat mkn spagetti camni hari2 pun sodapp..



Sup Kentang dan Garlic Bread..

Salam bertemu lagi pada semua...Alhamdulillah kerana hari ini kita masih diberi kesempatan utk menikmati kehidupan bersama insan2 tersayang...hari ni Liza nak share resepi yg paling simple tp sedap..Liza cakap sedap sbb anak2 Liza selalu mintak buatkan sup kentang ni utk breakfast...



Garlic bread pulak Liza juz guna roti gardenia jer...Liza cuma tumbuk 1 ulas bwg pth hingga lumat dan campurkan dgn mentega @ marjerin 3 sudu besar..kalau ada daun parsley, blh juga ditambah..sapu atas roti dan bakar...lebihan mentega ni blh disimpan utk diguna lain kali yer..jgn pulak buang yg lebih tu..
meh kita tgk resepi sup pulak...


SUP KENTANG  1

Bhn2

Ubi kentang - 3 biji (cuci dan rebus dgn sdkt garam hingga empuk dan lembut)
Susu segar - 3 cawan
Air - jika pelu
1 kiub ayam

- blend kentang bersama susu hingga halus
- masukkan ke dalam periuk dan masak
- masukkan juga kiub pati ayam dan didihkan
- tambah sedikit air jika sup terlalu pekat
- rasakan dan siap utk dihidang

*kalau nak tambah sdkt marjerin ke dlam sup pun blh..ikut citarasa msg2.
*Liza tak masukkan tpg gandum utk pekatkan kuah sbb ubi kentang tu dahcukup utk memekatkan kuah sup..kalau nak tambah hirisan ayam @ mushroom pun blh..
*sup ni mmg berkhasiat dan mengenyangkan sbb kentang tu salah satu sumber karbohidrat...jd sgt sesuailah utk breakfast...

SUP KENTANG 2 ( Madihaa)

Bhn2:

2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan - MaDiHa guna santan segera (1 cwn santan kotak + 1 cwn air)
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread.

Friday, September 16, 2011

Roti Jala Traffic Light...

Salam 1 Malaysia semua..dh lama jugak tak mengupdate resepi kat sini...maklumlah anak dara nak exam..ari ni dh selesai UPSR, so umi dia pun blh relaks jugak....MERDEKAA....hiihihi..dah lama sebenarnya tak menjala ni, so utk meraikan angah yg dh habis exam, umi pun buat la roti jala spesel ni..mula2 tu tak tau jugak cmner nak buat belang2 ni, nasib baik mok ngoh ajarkan...tima kacih mok ngoh, jasamu ku kenang...mmmuuaaaahhh..



perggghhhh...betul2 mengancam (masuk bakul angkat sendiri laa)..hehehehe...meh kita tgk resepi pulak..

ROTI JALA TRAFFIC LIGHT

Bhn2

2 cawan tepung gandum
2 s/besar susu cair
1 biji telur
1 s/besar marjerin
2 1/4 cawan air
1 s/kecil garam
Pewarna kuning, hijau dan merah

- satukan semua bhn kecuali pewarna dan blend.
- tapiskan dan tambah pewarna dikehendaki.
- gunakan acuan roti jaladan ayunkan adunan berwarna secara berselang seli diatas non stick pan @ kuali yg telah disapu minyak..
- grg sehingga masak dan angkat.
- hidangkan bersama kuah kegemaran masing2.



            Boleh jugak dijadikan salah satu menu open house nanti sebab warnanya yg ceria...

Sunday, September 11, 2011

Cucur Udang Geragau Sayuran..

Salah satu menu kegemaran family untuk minum petang...kali ni Liza campur udang geragau dgn sayuran..kira2 menu sihat la utk semua kan..resepi ni rasa2nya macam yg org lain buat jugak, sama jer..cuma tambah2 jer apa yg nak dibubuh kat dlm cucur tu..ikut selera masing2 laa..



CUCUR UDANG GERAGAU SAYURAN

Bhn2

Tepung gandum
Air - ikut kepekatan
Garam
Serbuk penaik
Pewarna kuning
Udang geragau
Lobak merah
Daun sup
Taugeh

- campur semua bhn dan biarkan sebentar
- grg dalam minyak panas, api jgn terlalu besar
- bila dah garing, angkat dan sedia dimakan bersama cili sos atau sos kegemaran.


Liza makan dgn sos pencicah resepi ari tu..utk memudahkan Liza paste kat sini pulak la..

SOS PENCICAH / COLEK

Bhn2

Bwg putih
Cili boh
Gula melaka
Cuka / air asam jawa
Tpg jagung - utk pekatkan kuah
Air secukupnya
Garam
Gula

- semua bhan kecuali tpg jagung dimasak hingga sdkt pekat, masukkan tpg jagung ikut kepekatan yg dikehendaki..
* blh juga ditumis dahulu bwg pth dan cili boh hingga sedikit garing, bru masukkan bhn2 lain..


Nasi Lemak Spesel...

Assalamualaikum dan salam ceria semua...ari ni liza nak share nasi lemak spesel yg buat semalam..resepi yg sedap ni dapat dr makcik yg datang menziarah...nasi lemak ni spesel bg Liza sbb menggunakan bhn2 yg selalunya org tak gunakan ms masak nasi lemak ni...ape bhn2 tu, jom kita tgk..


                             Nasi lemak ni makan dgn ayam grg brempah beriani...mmg sedappp


NASI LEMAK SPESEL

Bhn2

Beras - 3 cawan
Santan - 3 cawan (ikut kualiti beras)
Halia 1/2 inci
Bwg merah 3 ulas
Bwg pth 1 ulas
Halba 1 s/teh
Lada hitam 1 s/teh
Daun pandan
Serai
Garam secukup rasa
Sdkt minyak masak
Beberapa titik pewarna kuning (utk bg warna pd nasi)

- halia, bwg merah dan bwg pth dihiris halus.
- panaskan minyak dan tumis bhn hiris bersama halba dan lada hitam.
- dlm periuklain, masukkan santan, daun pandan dan serai  ke dlam beras.
- masukkan pula bhn2 yg telah ditumis  ke dlam periuk berisi beras tadi.
- masukkan juga garam, pewarna kuning dan masaklah seperti biasa.
- dah siappp.


Nasi ni mempunyai rasa dan rupa yg berbeza dr nasi lemak biasa..so pade sesape yg nak mencuba nasi ni utk open house, sila2 kanlah...gerenti tak menyesal...hihihi..Liza share jugak resepi ayam grg berempah beriani yg datangnya dr dapur Dayang..thanx yer share resepi yg best ni..

AYAM GRG BEREMPAH BERIANI

Bhn2
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu) -Liza xletak
  • garam dan gula secukupnya

bahan-bahan kisar :

  • 6-7 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Saturday, September 10, 2011

Kerabu Mangga...


Jom kita relakskan perut dgn kerabu mangga pulak...buang2 lemak raya ari tu...hihihi..buat semalam utk dinner sebagai pembuka selera...Liza ni kalau masam2 n pedas mmg suka sgt laa..

KERABU MANGGA

Bhn2

1 kg mangga muda - hiris
6 ulas bwg merah - hiris
2 biji tomato - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
20 biji cili padi - hiris
2 btg serai - hiris
2 sudu besar sos ikan
Sedikit belacan
125 ml santan - xletak
Garam dan gula pasir

- satukan mangga dan bhn2yg dihiris
- masukkan santan, sos ikan, garam, gula pasir dan belacan
- gaulkan hingga bercampur rata
- siap dihidang


Daging Rusa Masak Hitam Manis...

Salam di hari minggu semua..mesti tgh sibuk memasak kan, ke ada yg dah lunch?Liza belum lunch lg,kebetulan ada jiran ajak g open house kat umah dia..jadi masak nasi lemak utk hantar kat angah jer..daging masak hitam ni Liza masak 2 hari lepas, mmg sedap..sumber dr Saji Ogos2011 tp Liza buat ikut cara Liza sendiri...resepi yg simple,semua bhn2 pun dah ada kat umah.jadi Liza pun try la buat guna baki daging rusa yg buat rendang ms raya ari tu...meh kita tgk resepi yer...



DAGING MASAK HITAM MANIS

Bhn2

400 gm daging btg pinang - Liza guna daging rusa
3 labu bwg besar
10 ulas bwg pth
350 gm cili kisar
4 tangkai cili padi
Minyak masak
3 sudu besar kicap hitam
2 sudu besar sos tiram

Hiasan :

5 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau - Tak letak
50 gm daun sup
2 helai daun limau purut

- Bwg besar, pth dan cili padi dikisar halus
- Tumis semua bhn kisar dan cili kisar, biar hingga naik bau
- Masukkan daging dan tutup kuali agar daging cepat lembut
- Bila dgg lembut, masukkan kicap manis dan sos tiram
- Akhir sekali masukkan daun sup, daun limau dan cili merah..
- Gaul rata dan hidangkan..



Friday, September 9, 2011

Kek Chiffon Oren Syawal...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..ni kek chiffon oren yg Liza buat ari tu sempena kedatangan makcik dr Perak...dah lama simpan resepi ni, ni baru berkesempatan utk mencuba..terima kasih tak terhingga pada CMG yg berkongsi resepi kek yg sememangnya marbeles ni...hubby pun berulangkali dok ckp kek ni mmg sedap...mmg sesuailah utk dibuat hidangan utk raya ni...jadi pada sesape yg nak mencuba tu, Liza tempek resepi kat sini ..izinkan Liza CnP resepi kat sini pulak yer Cik Mat..

KEK CHIFFON OREN


BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
- Liza tambah pewarna dan perisa oren

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

                                                            Jemput makan semua...



Rendang Kacang Panjang Ayam..


Sebenarnya tak pernah pun makan rendang sayuran macam ni, tp bila tengok kat majalah Keluarga Edisi Ogos ari tu rasa nak cuba la pulak....Alhamdulillah rasanya sedap seperti yg dijangka walaupun resepi asal menggunakan kerang..Jom kita layan resepi yer...


                                                Masih dalam proses pembikinan...hehehe

RENDANG KACANG PANJANG AYAM

Bhn2

500 gm kerang - Liza guna ayam
500 gm kacang panjang - hiris serong
500 ml santan pekat
2 helai daun kunyit - hiris
3 sudu mkn kerisik
3 sudu mkn minyak
8 ulas bwg merah*
3 ulas bwg pth*
3 cm halia*
2 cm kunyit hidup*
3 btg serai*
10 tangkai cili kering*
Garam dan gula secukup rasa

- Bhn2 bertanda * dikisar halus
- panaskan minyak dan tumis bhn kisar td
- masukkan isi ayam dan santan
- bila isi ayam dah masak, masukkan santan, garam dan gula
- kacau sebati dan biarkan pekat, masukkan kerisik
- kemudian masukkan kacang panjang dan daun kunyit..
- biarkan selama 2 minit dan gaul sebati..

-kalau guna isi kerang, masukkan akhir sekali bersama kcg panjang                      



Dah pun siap dan bolehlah dimakan bersama nasi putih @ nasi impit...cubalah sebab rendang ni mmg best...walllaaa



Monday, September 5, 2011

Mihun Goreng..

Salam bersiaran kembali di bulan Syawal nan mulia ini..Selepas puas menghentam ketupat dan rendang masa raya ari tu,maka tibalah ari utk merehatkan usus sekali lg...ari ni umi ngan angah berpuasa sunat enam,bkn ape sementara masih dlam mood puasa ni, baik teruskan jer puasa ganti or puasa sunat kan...nnt lama2 malas pulak...so berbuka td pun yg simple2 jer..just grg mihun dan nugget...


MIHUN GORENG

Bhn2

Mihun - rendam sekejap
Bwg pth - tumbuk halus
Cili kisar / mesin
Udang, daging @ lauk2 kegemaran
Sayuran - ltk kobis
Sos tomato
Sos cili
Kicap manis
Sos tiram
Garam
Minyak masak

- panaskan minyak dan tumis bwg pth dan cili mesin hingga naik bau..
- masukkan lauk2 dan biarkan sebentar..
- setelah lauk masak, masukkan semua sos2, kicap dan garam..
- akhir sekali masukkan sayuran dan mihun dan tambahkan sedikit air utk melembutkan mihun..
- grg mihun sehingga kering dan sedia dinikmati...



                         Menu berbuka kami ari ni...mihun grg dan air jagung...Alhamdulillah

AIR JAGUNG

Gula
Pes minuman perisa jagung
Susu pekat manis / susu cair
Air secukupnya
Ais
Air panas

- bancuh gula dgn air panas hingga gula hancur
- masukkan pes perisa jagung dan susu ke dlm air gula td
- masukkan sedikit air dan ais ke dlm air td
- dah ready pun...

Thursday, September 1, 2011

Ketupat Daun Palas Perantau...

Ketupat ni menu 1st Syawal ari tu...dah lama tak buat ketupat ni..dulu selalu jugak tolong arwah ma bungkus ketupat ni, tp semenjak arwah takde, raya pun rasa macam hambar dan takde makna lagi...tp bak kata org hidup perlu diteruskan...alhamdulillah hasil menolong arwah dulu. dapat lah jugak Liza buat ketupat ni untuk hidangan keluarga..walaupun tak sehebat sifu, tp still boleh diterima....hehehe..meh kita tgk step buat ketupat daun palas ni..

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS

Bhn2:

2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut selama 20-30 minit. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan yg telah dimasak dgn garam dan gula.. Kacau rata. Kukus sekali lg hingga betul2 masak dlm 30 minit lagi..

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.



             Step 1 : Pulut yg telah dikukus, digaul dgn santan pekat dan sedikit garam dan gula..


Step 2 : Masukkan pulut td ke dalam daun palas dan bungkus dgn kemas hingga membentuk segitiga..Pastikan ia dibungkus dgn kemas agar tiada pulut yg terkeluar bila direbus nnt..



Step 3 : Ketupat daun palas yg telah sedia utk direbus..Air rebusan mestilah 1/2 atau kurang dr paras ketupat..


Step 4 : Ketupat yg dah siap direbus dan sedia dinikmati bersama rendang daging atau ayam atau serunding...





Popia Goreng Nestum Anak2ku...

Popia nestum ni buat sebelum raya ari tu...mula2 ingat taknak buat bnyk sgt biskut raya, tp anak2 beria2 nak buat..diaorang cakap xpe la, umi sediakan semua dan biarkan kitaorg yg buat...huhuhu...jadi taknak menghampakan semangat anak2 yg sedang berkobar2 tu, terpksa la jugak fikirkan biskut yg senang utk dibuat..so lepas dibuat perbincangan tergempar, maka semua bersetuju utk buat popia nestum ni...ye la popia nestum ni peberet bdk2 ni, takkan diaorg tak setuju...kan kannn...so jom kita tgk apa dah jadi...


                                                      Step1 : nyahbekukan kulit popia (ni kerja kakak)



Step 2 : Gulung kulit popia dgn kemas dan lekatkan hujungnya dgn tpg jagung (ni pula kerja angah)



            Step 3 : Gunting kecil2 kulit popia td (dan yg ni pula kerja anak teruna srg tu, abg)

- dan popia dah ready utk digoreng dan sejukkan sebelum digaul dgn nestum dan gula yg telah dimesin halus...

Mee Kari Lebaran...


Menu raya kitaorg mlm tadi...huhuhu sedih tak dapat balik kpg..mee kari  ni masak untuk anak2 yg mmg sukaaaa sgt ngan mee kari ni...lagipun abg dah nak balik hostel, jadi penat ke, ape ke, tetap jugak kena buat..ye la bila dia dah balik hostel nnt rasa ralat la pulak sbb dia tak sempat merasa...

MEE KARI

Bhn2 kuah

Bwg merah
Bwg pth
Halia
Cili mesin
Serbuk kari daging
Fishball. fishcake
Tulang - direbus dahulu
Santan
Daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

Mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi

Cara buat kuah :

- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.
- pastikan betul2 garing, baru masukkan santan dan tulang bersama air rebusannya..
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..

Tapai Pulut Warisan...


Tapai pulut ni buat untuk lebaran dan mkn sendiri2...hahaha..tp daun pisang tu kuning la pulak..tak pe la kan..janji isi dia sedap..papa siap request suruh bungkus dlm daun pisang, tak nak dlm bekas kecik2 tu...huuhhh demandnya dia..kat umah ni papa ngan abg jer yg minat sgt ngan tapi pulut ni..jom kita tgk isi dia pulak yer..



Haaa...kan betul, tgk tu tapai yg betul2 mengancam jiwa dan raga...hehehe..so moral of the story kali ni ialah don't judge a book by its cover yer murid2....muahahaaha


Maggi Goreng Sempoi...

Salam Aidilfitri semua..ari ni bru sempat nak update n3 yg bnyak tertangguh semenjak dua menjak ni...maggi grg ni request dr abg utk iftar 26 ari tu..maklumlah bila kat hostel tak jumpa maggi. sebelum balik lg dah pesan nak mkn maggi grg utk buka pose nnt..so ikut aje lah, lagipun org kat umah ni pun mmg dah lama tak mkn mggi grg ni..


Resepi ni simple jer...jom tgk..

MAGGI GORENG

Bhn2

Maggi - rebus hingga lembut
Daging / ayam
Sosej
Bwg mrah
Bwg pth
Cili api / cili mesin
Perencah maggi kari
Kobis
Telur
Sedikit kicap - utk bg warna gelap sdkt

- tumbuk bwg merah, bwg pth dan cili api.ketepikan..
- panaskan minyak dan grg daging hingga masak.
- masukkan bhn2 tumbuk dan tumis hingga wangi dan masukkan perencah maggi td.
- masukkan juga sdkt kicap dan sayur
- pecahkan telur ke dalam kuali
- masukkan maggi yg telah direbus dan kacau hingga rata
- siap untuk dihidangkan..




                                                                       Dah siapp..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...