Tuesday, June 20, 2017

Baby Kailan n Tauhu Telur Goreng Sos Tiram..



Sayur yg paling Liza suka,simple  n sedap..



 
 
 
RESEPI KAILAN N TAUHU TELUR GORENG SOS TIRAM
 
Bhn2:
 
2 batang tauhu telur - pootng kecil dan grg hingga kekuningan
1 ikat baby kalian - bersihkn dan potong kecil
1/2 biji bawang besar - hiris halus
3 biji bawang putih - cincang halus
1 bijim lada merah - hiris
Sedikit minyak - utk menumis
Garam, gula
3 s/b sos tiram
 
 
- panaskan sedikit minyak lebihan tauhu telur td dan masukkan bwg besar, lada merah dan bwg putih, tumis hingga wngi..
- masukkan sos tiram, garam dan gula
- kemudian masukkan baby kalian td dan masak hingga sedikit layu..
- akhir sekali masukkan tauhu telur yg telah digrg dan kaup balik kejap hingga sebati.
- tutup api dan sedia dihidang
 
 
 
 
 
 


Sambal Pedas Manis Thai...




Sambal ni mmg sedap, kalau nrajin blh buat bnyk2 ye n simpan dlm fridge..bila terasa nk makan,, senang la kan..nk cicah ngn ayam goring pun sedap jugak ni..
Terima kasih Zie yg sudi berkongsi resepi marbeles ni...mmg tak puas makan..akk CnP kat sini ye










RESEPI SAMBAL PEDAS MANIS THAI

Bahan A Minyak untuk menumis (Saya guna baki minyak goreng ikan keli)

Bahan B (Di blend kasar)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
18 biji cili padi merah

Bahan C
Kicap Lemak Manis (Saya Guna Kicap Manis ABC)
1 biji Limau Kasturi (ambil Jus)
1/2 kiub Tomyam 'KNOR'
1 sudu teh gula putih
sedikit kunyit
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali (minyak lebihkan sedikit kerana kita akan masak/menggoreng sambal ini sehingga pekat).
2. Masukkan bahan blend B dan C dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat dan terbit minyak yang bergeledangan dalam kuali.
Lagi lama kita 'goreng' sambal ini dalam kuali lagi sedap sambal kita .


Ayam Masak Phathong..




Ayam yg sedap, macam masak lemak cili api, macam rending, macam kari...semua all in one la,hihii
Mmg kena cuba ni,sedap






RESEPI AYAM MASAK PHATHONG

Bhn2:

1 ekor ayam - potong ikut suka
Sehelai daun kunyit - siat2kan
3 tangkai daun kari
3 tangkai daun limau purut
1 btg serai - titik
2 biji bawng besar *
2 ulas bwg putih *
2 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
10 tangkai cili kering * - rendam n buang biji
1inci lengkuas *
1 btg carrot - xletak
3 biji kentang - potong baji
1 keping Asam keping
200ml santan pekat
Garam, serbuk perasa
1 cawan air
Sedikit minyak - utk menumis




- blend semua bhn bertanda *
- panaskan sedkikit minyak, tumis 3 jenis daun tddgn serai sehingga naik bau.
- masukkan bhn blend td dan tumis sehingga garing menggunakan api sederhana
- masukkan air dlm 1 cawan, carrot , kentang, ayam dan asam keping
- JGN dikacau, terus tutup periuk ( xperlu bimbang jika ayam tidak tenggelam)
- biarkan dlm 15 minit atau sehingga kentang dan carrot empuk dan ayam masak
- jika suka pekat, xperlu tambah air lagi
- bila dah masak, perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
- masukkan santan dan kacau sebati.
 biar mendidih sekali lg dan tutup api
-sedia dihidang









Karipap Pusing Bonda...


Pernah cuba resepi lain, tapi tak menepati piawaian tekak kami..resepi arwah ma ni jenis yg liat sikit, bukannya jenis yg mudah rapuh..Liza lebih selesa menggunakan resepi ni dr resepi lain






RESEPI KARIPAP PUSING ARWAH MA STYLE
Bhn2 doh :
     A
4 cwn tpung gandum
Sdkt garam
Air secukupnya
- semua bhn diuli hingga jadi doh...ketepikan

     B
1 cwn tpung gandum
3 s/b mentega / marjerin / shortening
- semua bhn diuli hingga blh dikepalkan..kalau still xblh kepal, tambahkan lagi mentega /marjerin








RESEPI INTI KARI AYAM/ DAGINGBhn2:

200 gm ayam @ daging - potong kecil2
500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
5 ulas bwg merah *
1 ulas bwg pth *
1 cm halia *
Cili mesin - 2 s/besar
Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
1 labu bwg besar - potong dadu
Daun sup - hiris nipis
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak utk menumis
Air

- tumbuk lumat bhn bertanda *.
- campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
- panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
- masukkan ayam / daging dan sdkt air .
- bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
- masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
- bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
- gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
- sejukkan dan sedia digunakan.
- sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
- blh jugak disimpan dlm fridge utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna..

Sandwic Telur Simple n Sedap...




Assalamualaikum wbt...kalau buat sandwich telur ni kompem licin sbb anak2 mmg suka..yg penting nk buat pun senang








RESEPI SANDWIC TELUR SEDAP

Bhn2:


4 biji telur, direbus
8 keping roti sandwich - kali ni Liza guna roti bun
4 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil garam
Daun salad
Tomato
Mentega - sapu pada roti
 

Cara Penyediaan:

  • Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
  • Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasar untuk tekstur.
  • Masukkan serbuk lada sulah, mayonis dan garam. Kacau sebati.
  • Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.


Thursday, June 15, 2017

Teh C Peng / 3 Layer Tea....




Bila tgk air ni sekarang, nmpak seksi sangat kan, macam panggil2 je,hihii

Apa pun air ni mmg best, lagi best kalau homemade kan,jadi ptg ni blh la cuba buat air ni





TEH C PENG

Bhn2: ( 1 gelas)



3-4 sudu besar air gula nisan pekat (seakan-akan kepekatan madu)
1/4 cawan susu cair
2 s/kecil teh timbang - rendam dgn 1/4 cawan air panas
Ais secukupnya
 
 
  • Tuang air gula nisan kira-kira 1 inci atau lebih ke dalam gelas. 
  • Masukkan ais hingga memenuhi gelas.
  • Tuang susu cair hingga separuh gelas. Tuang perlahan-lahan dari sisi gelas untuk mengelakkan susu bercampur dengan air gula. 
  • Akhir sekali, masukkan pula air teh hingga memenuhi gelas. Juga pastikan dituang dari sisi gelas.
  •  Tadaaaa, dah pun siap
  •  
     

    Creamy Potato n Chicken Soup...





    Menu yg kompem habis licin kalau buat...anak2 mmg suka sgt mkn sup ni, utk lunch pun ok..cukup berkhasiat dan mengenyangkan.









    RESEPI CREAMY POTATO N CHICKEN SOUP
    Bhn;

    Ubi kentang - 3 biji (cuci dan rebus dgn sdkt garam hingga empuk dan lembut)
    1 keping dada ayam -rebus bersama sdkt garam hingga msak, ketepikan
    Susu segar - 2-3 cawan
    Air - jika perlu
    1 kiub ayam

    - blend kentang bersama susu atau air hingga halus
    - masukkan ke dalam periuk dan masak
    -- siat2kan isi ayam dan masukkan ke dlm sup td.
    - masukkan juga kiub pati ayam dan didihkan
    - tambah sedikit air jika sup terlalu pekat
    - rasakan dan siap utk dihidang


    *kalau nak tambah sdkt marjerin ke dlam sup pun blh..ikut citarasa msg2.
    *Liza tak masukkan tpg gandum utk pekatkan kuah sbb ubi kentang tu dahcukup utk memekatkan kuah sup..kalau nak tambah hirisan ayam @ mushroom pun blh..
    *sup ni mmg berkhasiat dan mengenyangkan sbb kentang tu salah satu sumber karbohidrat...jd sgt sesuailah utk breakfast...




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...